IKHLAS 2.0

[kredit]

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Pernah dengar lagu Raihan Hijjaz yang bertajuk.. Err, lupa. hehe. Ada sebahagian lirik yang menyebut,

"Ikhlas itu, jiwa yang murni,
Rahsia Allah, didalam hati.
Terlalu sembunyi, tapi dapat dikesan.
Jika disuluh dengan saksama,
nista dan puji, tiada bezanya".
[kot, da lama tak dgr lagu nie. he~]

Nyata-nyata dan terang-terangan disini, ikhlas itu ada dalam hati.Bukan kita yang berhak menilai tetapi Allah yang selayak-layaknya menilai keikhlasan hambanya. Mesti pernah mendengar atau melihat, "Aku ikhlas maafkan kau, Ikhlas daripada, Ikhlas tu, ikhlas ni". Macam-macam jenis ikhlas dapat dilihat. Ikhlas itu rahsia sebenarnya, rahsia Allah. Jika kita kata kita ikhlas, sebenarnya keikhlasan itu tidak ada.

Pernah diri ini melakukan sesuatu pekerjaan. dilakukan kerana rimas dan tidak selesa dengan keadaan tersebut, lantas melakukan kerja-kerja yang berkaitan. Hari demi hari, keletihan muncul dan mula mengeluh. Mengapa perlu aku sahaja yang melaksanakan perkara ini. Mengapa bukan mereka? Walaupun pada awal pekerjaan itu, diri ini hanya melakukannya tanpa paksaan. Bukan untuk pujian, bukan untuk dipertontonkan, bukan juga untuk mengharapkan balasan upah dan sebagainya. Tetapi mengeluh penat, letih dan merungut.

Baru aku sedar, aku melakukan kerja tersebut kerana benda, perkara untuk diri aku sendiri. Niat aku salah dan  itu yang membuatkan aku mengeluh dan merungut. Pada awal pekerjaan, aku tidak memasang niat yang sebenar-benarnya. Dilakukan bukan kerana Allah. Niat itu penting, dalam 40 hadis imam An-Nawawi hadis no1 adalah berkaitan dengan niat. Ada juga hadis menyatakan bahawa sesuatu pekerjaan yang kecil akan menjadi besar dengan niat dan sesuatu pekerjaan yang besar akan menjadi kecil kerana niat. 

Jika difikirkan dalam-dalam, bagaimana sebenarnya melakukan sesuatu perkara kerana Allah? Aku juga masih mencari makna itu. Susah, sangat susah. Mugkin aku sudah mendapat jawapan tetapi tidak setepat mana. Jawapan yang dari diri yang tiada ilmu hanya berlandaskan akli semata-mata. Contoh, belajar kerana Allah. Bagaimana? Bukankan kita belajar untuk mendapat pointer yang baik dan mendapat pekerjaan yang baik kelak? Mengemas bilik. Mengemas bilik kerana Allah. Bagaimana? Bukankah mengemas bilik sebab bilik sudah macam tongkang pecah, berserabut? Menolong orang tua angkat barang. Bagaimana menolong orang kerana Allah? Belajar kerana Allah itu sememangnya Allah menyuruh hambanya menuntut ilmu.Mengemas bilik, sememangnya Allah sukakan sesuatu yang bersih. Menolong orang lain, sememangnya Allah menyuruh hambanya berbuat baik sesama manusia. 

Tetapi, sejauh mana manusia ini melakukan sesuatu perkara kerana Allah? Belajar contohnya. waktu final exam kita dok pulun nak jawab exam esok. Adakah kita memasang niat semata-mata kerana Allah? Jarang-jarang berlaku. Semua untuk exam. Jadi, perbetul niat itu kerana Allah. Agar setiap perbuatan yang kita lakukan itu diberkati dan dirahmati Allah. Insyaallah.

***
Ikhlas itu rahsia allah. Lakukanlah sesuatu perkara itu semata-mata kerana Allah. Insyaallah akan mendapat sedikit daripada keberkatanNya.Mulakan dengan niat yang baik. Mungkin kita lupa. Paling tidak, mulakan sesuatu pekerjaan itu dengan Bismillah. InsyaAllah. Islam itu mudah. Mudahkan hidup kita dengan keislaman kita. :))

Sekian, Wasalam.

::p/s:: No idea dah. hehe

Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel IKHLAS 2.0 Dicoret oleh NH pada hari Ahad, 29 April 2012. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting IKHLAS 2.0
 

Lets Join Us