Berjalan-jalan di Pulau Lagenda Mahsuri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kabare? Waras la kan, kalau tak, tak rajin on9. hehe

Ujung semester yang baru-baru ini, aku dan kawan-kawan berjalan habiskan duit elaun yang selamat sampai di akaun bank kitorang berjumlah RM***.00 sahaja. hehe. Jumlah sebenar terpaksa dirahsiakan.:p Perancangan dah lama dah, cuma belum ada kesempatan waktu, almaklumlah cuti semester je ada hal, ada hal pulak tak semestinya cuti semester, cuti-cuti hujung minggu pon ada hal. Kadang-kadang, setiap hari ada hal. Haha, padan muka. [garu kepala].

Kembali balik pada tajuk asal. "Berjalan-jalan di Pulau Lagenda Mahsuri". [Style ala2 doraemon gituh.he3]. Malas nak cerita panjang-panjang, segala butiran adalah seperti berikut:

Tarikh: 1 April 2012- 4 April 2012
Masa bertolak 9.30pagi
Tiket feri : RM 18 one way. kalau tak silap lah, ehe. (Jeti Kuala Perlis)
Penginapan 1 : Homestay Wang Tok Rendong ( Free) :))
Penginapan 2: Hotel Langkawi (RM50/night)
Lokasi Berbayar:
1. Galeri Perdana - RM5
2. Cable Car - RM15
3. Island hopping RM30 dari Jeti Kuah ( Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah, Tmpat bg helang makan )
Kalau dari pantai chenang RM25
Sewa Kereta: RM100 3D/2N sehingga 12tgh - lebih 1 jam tambah RM10
Minyak 4hari : RM40
Target Perbelanjaan : RM300 termasuk semua bende.

Dimulakan kisah, sampai2 sahaja di bumi pulau tu cari lah kereta sewa. Jalan2, kami pun jumpa tempat nak menyewa kereta. Dekat je dengan jeti kat kuah tu. Kadar bayaran seperti yang dinyatakan. Kami ambil kereta kancil kerana mudah untuk dibawa kemana2. Lipat2 masuk beg pon boleh, hehe. Kereta tu memang best, antik. hahaha.Nak tengok? Jap eh, upload... . Jeng3~.. 
Inilah keretanya.. haha, tak lah, pose bersama je, kereta yang betol2 ditunggang terlupa nak snap. he~
bergaya tak? hehe

Dapat je kereta tu, kami gelak sakan. Bak kata orang melaka, kelakau gile. hehe. Ciri2 kenderaan tersebut:
1. Bewarna hijau/biru
2. Penutup minyak tertanggal 
3. Meter minyak tak naik walaupun isi minyak sehingga melimpah ruah ke ladang gandum. haha
4. Pintu diwajibkan tutup kuat2, dikuatiri akan terbukak kelak. hehe
5. Meter km/h tak naik walaupun kenderaan meluncur laju di atas landasan kapal terbang. yuhu~
6. Lampu tak boleh damp
7. Aircond, lampu, wiper, break termasuk kaki dan tangan, OK
8. Alarm: Tak disediakan. Kalau teringin juga, bunyikan secara manual menggunakan kuasa mulut anda. haha

Sesungguhnya diriku ini tak pernah lagi bawa kereta sendiri2 tanpa ada orang yang berpengalaman disebelah. Takot. Tapi berkat semangat yang diberikan oleh rombongan bersama, diri ni berjaya membuang ketakutan dan terus memandu dengan jayanya. Alhamdulillah, selamat pemanduan. hehe.

Lepas ambil kereta, terus isi minyak Terus pergi ke tempat penginapan. Bayaran 100% percuma. haha. Jam 2petang pergi semula ke kuah sebab dah booking p pulau2. Dengan gembiranya diri ini membawa slr yang seberat brapa ntah, hehe. Ok2~ posingggg~ 1..2..3..  er~ ?? Tak bawak bateri la! aduh.. termenung seribu beribu saat. Aish.. Sabau aje lah. huhu.. Mesti ada hikmah.. Yup ada hikmah, kalau bawa b3 tuh, nanti gaatal tangan nak snap orang2 bewarna putih tu mandi dan berjemur. haha.. Cuci mata sendiri je lah. nge~

Bawa kereta setiap masa, penat jugak. hehe. Dari pagi sampai malam. Hobi baru masa bawak kereta ini, kerjenya buat u-turn je.Pemandu pelancong yang dibayar beribu2 pon lupa jalan. huish. hehe.Dari tak reti bawa kereta, sampai tukar status jadi pro. hehe. Hebat2. Belajar memandu dalam masa 4 hari bole jadi pro. Siapa2 yang berminat bole pm k. hehe :p

Berbelanja di Ismail Group. Hanya coklat menjadi pilihan hati. Rambang mata, diri ni berada dalam dunia coklat. wah~ Ambil punya ambil coklat lari budget. hehe. Pinjam duit rakan dan taulan. hehe. Hampir MYR100 juga lah.Yang penting, enjoy! hehe

Ha, ni nak cerita sikit. Masa kami bercuti ni, ramai jugak couple2 arab datang melancong sekali. hehe. Honeymoon kot. Biasalah mereka yang lelaki berseluar pendek dan perempuan purdah dan jubah hitamnya. Sejuk mata memandang. Dalam hati ni ada berbisik, "Tak panas ke minah ni pakai jubah hitam?" hehe. Eyh, lupa, pakaian dorang mang macam tu dan kat sana lagi panas dari malaysia. Tu yang dorang relex je. hehe. Dorang dok peluk2 pakai jubah tu, aish. Pelik la. Apa perspektif orang bukan islam bila lihat benda cam tu? Tak pa la, kalau da halal, suma comey. hehe. 

Orang yang pakai jubah ni comel bila dilihat dari jauh. Tetapi, hahai, bila dilihat dari dekat,, kuku berkaler macam2. "somayang ko tak ini orang". terdetik di hati. Sebab tu ada orang kata, tak semestinya orang yang berjubah itu baik-baik dan tak semestinya orang yang sebaliknya tak baik. Ada juga yang berkata, tak semestinya orang yang tudung labuh tu baik, dan tak semestinya yang sebaliknya tu tak baik. Banyak orang yang membahaskan isu ini. Ada yang kata based on niat dan macam-macam lagi. Sebenarnya yang penting diri kita sendiri. Apa yang dilarang, jangan buat. Apa yang dituntut itulah yang dilaksanakan. :)

Kembali. Semasa naik cable car, dingin sangat. Macam kat genting tu. hehe. Diselaputi awan. Macam atas flight. Ceh, berkata-kata macam dah pernah naik kapal terbang dia ni. hehe. Dalam mimpi pon jadilah huhu. Cantik sangat permandangan atas tu walaupun kadang2 putih je sebab awan tebal.



Masa jalan-jalan kat langkawi ni ada jugak jeling-jeling mata cari atok angkat. hehe. Dengar-dengar, atok angkat saya ni setiap bulan datang langkawi. Tapi tak de rezeki nak jumpa atok. P galeri dia pon de tak da, yang ada gambar atok, barang hadiah atok, dan kereta2nya je. sedeyh. huhu. Ini lah kereta milik atok angkat saya. Dia je tak ada :((


Kat langkawi ni, semua tempat diterjah, haha. Peta kan ada. hehe. Nak harapkan GPS, bile abad nak sampai. Kereta dah terlebih 'canggih' dan handset pon da bole masuk muzium da. hehe. Pakai manual map je la. Selamat jugak sampai destinasi pilihan. hehe.Free lagi, free of charge je. nhe~

K la, da tak larat nak type da. Pape pon, bercutilah di Malaysia kerana Malaysia ni Macam2 ada

Assalam~

Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel Berjalan-jalan di Pulau Lagenda Mahsuri Dicoret oleh NH pada hari Rabu, 25 April 2012. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting Berjalan-jalan di Pulau Lagenda Mahsuri
 

Lets Join Us