Wasiat Kepada Abu Zar




Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Aku berwasiat kepadamu untuk bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya takwa itu perhiasan bagi semua pekerjaanmu. Hendaklah engkau membaca Al-Quran dan berzikir mengingati Allah. Jika kamu berzikir menginggati Allah, sesungguhnya itu adalah zikir (sebutan) namamu di langit dan cahaya untukmu di bumi.

"Dan hendaklah engkau, wahai Abu Zar, panjang diamnya, kecuali berkata-kata yang baik. Sesungguhnya diam itu menghalau syaitan daripadamu dan diam itu menolong kamu untuk mengerjakan pekerjaan agamamu. Janganlah sekali-kali kamu, wahai Abu Zar, banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hatimu dan menghilangkan cahaya wajahmu. Dan hendaklah engkau mujahadah melawan hawa nafsumu".

"Sesungguhnya mujahadah melawan nafsu itu adalah kewalian umatku. Hendaklah engkau mencintai orang-orang miskin, duduklah bersama mereka kerana mereka pada hari kiamat esok, mempunyai daulat yang besar. Wahai Abu Zar, pandanglah orang dibawah mu, jangan engkau pandang orang di atasmu, maka yang demikian itu terlebih syurha untukmu agar kamu tidak meremehkan nikmat yang Allah berikan kepadamu".

"Wahai Abu Zar; hendaklah kamu bersilaturrahim dengan kerabatmu, meskipun mereka memboikotmu, dan hendaklah kamu berkata yang hak, walaupun kebenaran itu pahit. Kebenaran itu ialah apa-apa yang datang kepadamu daripada Allah SWT. Dan janganlah kamu takut golongan yang mencerca dan mengkritikmu.

"Wahai Abu Zar, janganlah kamu mengata orang lain apa-apa yang ada pada dirimu sendiri. Cukuplah bagi seseorang itu menjadi pengecut bilamana dia ada tiga sifat ini; tahu apa yang ada pada semua orang lain, tetapi tidak tahu apa yang ada pada diriny; malu pada orang berbuat sesuatu sedangkan dia juga melakukannya dan menyakiti mahluk.

"Wahai Abu Zar, tiada akal yang terlebih baik daripada tadbir dan tiada warak yang lebih baik daripada menahan diri daripada menyakiti orang lain. Tiada kebaikan yang terlebih baik daripad akhlak mulia."


Sumber: Solusi isu 40

Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel Wasiat Kepada Abu Zar Dicoret oleh NH pada hari Jumaat, 10 Februari 2012. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting Wasiat Kepada Abu Zar
 

Lets Join Us