PERCIKAN SELEPAS KETUKAN



Dalam keheningan malam,
Diri ini diterpa pada ketukan kesakitan,
Ketukan bukan kepalang,
Namun, ketukan itu bukan kesakitan padaku
Ketukan yang mengetuk jantung temanku itu.

Ketukannya itu menghentam sakitku juga,
Aku turut rasa kesakitan itu,
Amat sakit.

Sekian lama menahan,
Akhirnya pintu permata kaca itu terketuk kerana kesan panahan kesakitan itu,
Percikan itu muncul lagi.
Percikan keinsafan,
percikan ketakutan,
dan percikan sayang untuk ditinggalkan.

Imbauan masa silam membuatkan ia lebih terkesan,
Lebih menusuk kalbu cintaku,
Jangan dia meninggalkan aku,
Cukuplah satu itu meninggalkan,
jangan ini turut meninggalkan.

Aku cinta,
Genggaman erat kuat aku ketatkan,
Pelukan menghangatkan kasih persahabatan,
Aku takut untuk merapatkan kelopak mata,
Meskipun urat-urat merah itu telah menerpa,
Kerana aku takut,
Buka-nya mataku,
Dia sudah tiada walaupun dia dalam dakapanku.

Aku berdoa jauh disudut sanubari,
Kepada ilahi aku meminta,
Jangan kau ambil dia dalam dakapanku,
Seperti mana kau mengambil orang terdahulu sebelum dia.

Sememangnya aku terlalu cinta untuk ditinggalkan,
Cukuplah sekali,
Jangan ia berulang lagi.

Tanpa sedar,
Dia yang menyedarkan aku dalam lamunan,
Alhamdulillah,
Persahabatan masih berkekalan,
Mampu lagi diteruskan.
Aku hargai dan akan aku cintai masa yang ada,
Selagi Masa dalam dakapan cinta dunia,
Selagi roh masih dalam dakapan cinta syurga.
Mudah-mudah, kasih ini membawa ke syurga.
Amin,

©Negeri Darul Sunnah. January 31st, 2012

Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel PERCIKAN SELEPAS KETUKAN Dicoret oleh NH pada hari Jumaat, 3 Februari 2012. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting PERCIKAN SELEPAS KETUKAN
 

Lets Join Us