Rindu Qubah Biru Itu

[kredit]

Saat pertama kalinya
Kaki ini melangkah perlahan,
Menantikan ketenangan yang bakal menerpa,
Soalan pertama ditanya,
Mahu lakukan apa?
Lembut bicara menjawab,
Ingin solat.
Muka itu pelik,
Melihat kejanggalan pada wajah dan langkah,
Solat apa pada waktu ini?
Diri ini senyum, terus mencari hala tuju.

Air itu,
membasahi wajah, tangan dan kaki itu,
mengharapkan air itu menjadi saksi,
perjalanan seorang hamba mencari cinta abadi.

Langkah kaku dan sepi,
Anak-anak tangga itu diteliti,
Mata meliar mencari identiti
Suara terdengar deruan kanak-kanak riang berlari.

Dengan perlahan,
tangan mengapai kain putih itu.
Takbir bergema kuat dalam hati
Meneguh percaya pada Ilahi.
Mengharap belas ihsan tuhannya.

Perempuan itu saban hari melihat,
Perlakuan pelik itu
Solat pada waktu itu
Namun, masih belum dia bertanya.

Tubuh ini berketar, hati meronta kuat.
Takut perlakuan itu dianggap songsang dari ajaran ahli sunnah.
Percayalah,
waktu Dhuha itu indah! Sumpah, sangat indah!

Perempuan bertopeng itu,
Kelihatan menyendiri,
Dari raut matanya,
Dia baik orangnya,
Masih belum sempat mengenali.
Ingin sekali lihat wajah itu,
Alhamdulillah,
Wajah itu kulihat,
Biasa tetapi luar biasa!
Tangan itu disentuh,
Aura luar biasa menerpa,
mengalir ke tubuh.

Sekali tidak pergi,
resah berhari-hari.
Duhai Kubah Biru
Aku merindui ketenangan berada dibawah perlindunganmu!
tetapkan hatiku, untuk terikat rindu pada kubah2 yang lain
Amin

Aku rindu ketenangan berada di bawah kubah biru itu!

[Masjid Al_Rashidin Alor Gajah Melaka]
READMORE
 

Kuatlah Wahai Hati

[DA2067, Arau Perlis]

Hati,
Kau kuatlah,
Setelah bertahun lama kau tahan, 
Jangan rebahkan.

Hati,
Qarin mu itu dekat,
Namun tuhan mu itu jauh lebih dekat.
Mintalah

Cintai hatimu itu hanya untuk tuhanmu
Cintai manusia itu kerana tuhanmu
Jangan terikut desakan qarin mu itu.

Jika itu tetapan di luh mahfuz,
tidak akan lari apa yang diberi,
Isikan kekosongan hati mu dengan mengingati mati,
agar kakimu terikat, tanganmu tersekat, hatimu kuat,
untuk terus berada dalam landasan cinta yg hakiki dan abadi,
cinta pada sang ilahi,
kemudian nabi,
lantas, 
layaklah cinta pada insan bergelar suami.
Cukup itu...

READMORE
 

Danbo

Assalamualikum

Dalam mengisi masa lapang yang sememangnya sangat lapang, diri ni mengambil peluang menghasilkan hasil karya yang sememangnya sangat tak kreatif.

Saya ni sememangnya dikenali sebagai orang yang tak kreatif kerana memang tak kreatif pun. Hehe.
Na, banyak-banyak benda yang harus dibuat, saya dengan bangganya mempersembahkan, hasil yang tak kreatif langsung. haha

Cer tengok gambar, tak kreatif kan? Ciplak idea orang. Danbo dan frogy dari lawak kampus.


Untuk menghasilkan danbo, memang sangat lama. Tapi, hasilnya lumaian sih kerana mampu membuat orang tersenyum dengan hasilnya. Walaupun serabut je. hehe. En Frogy tu pun lama juga, almaklumla, item pertama dihasilkan. Meng'copy', menggunting dan menjahit tu bukan satu perkara yang mudah jika baru pertama kali menjejakkan kaki dalam dunia tak kreatif ni. eh. 

Danbo tu, datang idea dari mana entah. Dah ada orang nak sangat danbo. Nak bagi yang original dari Amazon.co memanglah mahal tersangat-sangat. Boleh senget bahu dibuatnya. hehe. Jadi, buatlah danbo sendiri. Itu lah hasilnya. hehe. Kain yang digunakan ialah kain felt yang harganya untuk saiz A4 lebih kurang RM1.80. Untuk menghasilkan 1 item danbo, menggunakan lebih-kurang 3\4 daripada A4. Termasuk kesalahan menggunting maka, habislah satu A4 untuk 1 item danbo tersebut. hehe

Saya telah membelanjakan lebih RM70 untuk membeli kain felt yang pelbagai warna. Tetapi, hanya menggunakan tak sampai RM5 sahaja. Yang selebihnya ada dalam kotak dah. haha. Lihat seperti satu pembaziran, tetapi, felt ni tak ada expired, jadi boleh digunakan bila kebosanan tahap gaban menimpa diri. hehe.

Pertama kali jumpa kraft daripada felt ni adalah daripada cik irdina. Wah, banyak sungguh dia buat. Sangat kreatif. Kemudian, jiran bilik sebelah membeli kain felt untuk mengisi masa lapang semasa study week. Na, time study week, mesti ada perkara mengarut dibuat. Bukan study pun. hehe.

***
Setelah menelaah ciri-ciri fizikal danbo, na, siap! Alhamdulillah setelah berkurung dalam bilik hampir 4jam!
hehe. Kemudian, saya buat sesi photoshot dengan D90 dan Coolpix S520 bersama-sama danbo. Tak sangka, danbo ni pandai juga posing. hehe. Ada dua sesi, outdoor dan indoor. hehe

[Indoor] 
Danbo bersama Al-Quran

[Outdoor]

[Outdoor]

[Indoor]

[Indoor]
Baca lawak kampus.hehe

[outdoor]
Danbo penat.hehe

[outdoor]
Danbo yang pemalu. hehe

[indoor]
Danbo,, Push up or main keyboard? hehe

danbo study tafsir sebelum tidur :)

Ok, cukup banyak sebenarnya gambar danbo dalam simpanan. Tapi tak larat nak upload dah. hehe..

Kepada pemilik danbo sekarang, jaga danbo molek2 :)

[felt danbo craft]



READMORE
 

Langkah Rapuh

[kredit]


Hati menjerit, 
Kata-kata menjerat
Huluran tangan tersekat,

Yang diberi itu permata
Dilihat kaca
Mendarahkan hati yang kian terluka

Ingin memimpin,
tapi tak sampai,
Dilihat indah,
tetapi pudah.

Asal hanya dari tanah,
Bisa menjadi seindah cahaya
Ingin menyampaikan
Tetapi tak kesampaian.

Disuruh toleh kebelakang sebentar,
Pandangannya kata, tiada kaitan
Usahanya hanya untuk memperingatkan.

Jalan itu jauh,
Jangan sampai tersimpuh jatuh
Masa itu berlari,
Masakan kita masih berdiri sepi.

Kata-katanya tersekat,
Ikhlasnya nyata tetapi salah diertikan
Tangannya kini dilepaskan,
kerana percaya,
kaki itu mampu berjalan

Hati ini berat untuk melepaskan tangan itu
Tetapi gagahkan hati untuk melihat dia berjalan sendiri,
walau jauh, tapi terasa dekat.
Kerana ukhwah semakin erat

Biar dia berjalan sendiri
Hati memujuk
Cuba untuk pentingkan diri sendiri
Kerana huluranmu tiada erti
Ia jatuh lagi,
Lembut membasahi 
Wajah yang semakin hilang cahaya iman

Doa,
Perlukah?
Hanya Allah itu tahu,
Apa yang dilakukan untuknya

Biarlah dia berjalan sendiri
Jalanlah mengikut aturan kakimu melangkah.
Kerana yang pasti
Belajarlah untuk mementingkan diri sendiri.
Kerana diri sendiri masih belum mampu berdiri

Jalan ukhwah itu mudah
Tetapi payah
Dakwah itu mudah
Tetapi jalannya beronak

Berhentilah.
Dongak mukamu kelangit.
Astaghfirullah,,
Aku masih tidak sempurna untuk sempurnakan orang lain
Hati tunduk patuh
Allah,
Aku rindu padamu,
Kuatkan hatiku 
Memikul beban dakwahmu
Dakwah hanya sezarah
Tetapi hati sudah pecah berdarah.

Langkah terhenti.
Dia putuskan untuk berhenti.
Berhenti untuk orang lain,
Jaga diri sendiri
Kerana tiada guna kamu disisi.
Sehingga kamu menghadap ilahi
Itu lah tempat sebaik-baik kembali


[Tempat yang paling indah_Firdausi Allah]
READMORE
 

Masih tidak Layak

[danbo wit their 1st Al-Quran]

Huh~, 
Menghela nafas panjang memikirkan nasib umat Islam di dunia amnya dan di Malaysia khususnya. Terutama nasib rakan seperjuangan yang masih berjalan didalam usaha mentarbiahkan hati untuk utuh berdiri dengan kaki sendiri. 

Gadget berwarna oren itu dicapai dan terus membuat panggilan yang sememangnya diluar jangkaan. Usaha pertama gagal. Namun utuhkan hati untuk terus menekan butang berwarna hijau. Mudah, tetapi payah!
Dari bernada seirama didesingan telinga, tiba-tiba terhenti. Ada suara menyapa. 
Otak laju berputar-putar memikirkan apa yang bakal diucapkan. Tetapi gagal berfungsi. Hanya peluh-peluh kecil keluar dari tubuh tetapi berjaya membasahi pakaian yang  dipakai. Dirasakan panas tetapi tidak. Hanya berada pada suhu bilik. 

Disitu aku lihat, dari peluh-peluh kecil itu mampu membasahkan tubuh. Ya, analogi yang cukup hebat! Usaha yang sedikit mampu menghasilkan keputusan yang diluar jangkaan. Em, nampak seperti tidak ada kenamengena. huhu. Kita tidak mahu peluh, tapi peluh itu keluar juga. Hanya titisan kecil dari rongga yang tidak kelihatan mampu keluarkan sejenis cecair dan mampu membasahkan seseorang seperti baru keluar dari  sungai, laut juga kolam renang. Kadang-kadang kita mahukan peluh, tetapi tidak keluar. Apa yang kita inginkan selalunya tidak tercapai. Tetapi apa yang kita fikirkan mustahil, sebenarnya tidak mustahil. Eh~
Ok, saja suruh berfikir, apa kaitan semua ini?hehe.

***

MASIH TIDAK LAYAK

Aku secara tidak sengaja memberikan ceramah percuma kepada 2 orang yang sememangnya tidak asiing bagi aku. Pertama, sahabat dan kedua ialah my sister. 

Percuma. Tetapi, seronok+gementar + kecewa = ? [apa]

Seronok kerana berjaya berkongsi. Gementar kerana tidak biasa berkata-kata. Kecewa kerana masih belum cukup ilmu untuk terus berbahasa.

Ilmu aku masih sekecil zarah, tetapi aku cuba berhujah sebesar permata. Kelihatan indah, tetapi payah untuk jumpa. Ya, sekali lagi aku mengeluarkan analogi yang hanya aku yang mengerti apakah makna tersirat disebalik itu.

Kepada my sister, entah mengapa aku bercerita tentang rasul-rasul. Dah macam mengajar anak-anak tadika. heehe. Dalam banyak-banyak perkara aku cerita, aku cukup puas kerana menyampaikan 1 perkara pada dia. Mudah dan ringkas.

"Islam itu datang dalam keadaan terasing, dan akan kembali terasing. Maka beruntunglah orang yang terasing itu" [HR_Muslim]

Lepas sahaja aku ungkap perkataan tu, aku puas. Kerana setelah sekian lama aku menyimpan hadis ini dalam benak hati, akhirnya terungkap. Mungkin penghuni itu tidak faham maksud tersirat hadis itu, tetapi aku berjaya menanti waktu yang sesuai untuk menyampaikan. Alhamdulillah.

Kepada sahabat saya, entah mengapa aku beranalogi tentang rail keretapi. huhu
Tetapi, sedang aku berhujah mengluarkan analogi yang hentah apa-apa, aku terdiam. Terlintas di otak, Ya Allah, aku ni cakap sahaja mudah, melaksanakan itu payah! Aku menahan sebak. Aku takut, apa yang aku katakan itu tidak mampu ku gapai disaat aku berada ditempat dia nanti. Lantas, air mata mengiringi peluh. Membasahi tubuh dan wajahku.

Sekian, harap maaf jika tiada pengisian. :)

[Tanah Besar China, 2012]_[Konon]
READMORE
 

I'm Useless

This is my rifle. There are many like it, but this one is mine.
My rifle is my best friend. It is my life. I must master it as I must master my life.
My rifle, without me, is useless. Without my rifle, I am useless. I must fire my rifle true. I must shoot straighter than my enemy who is trying to kill me. I must shoot him before he shoots me. I will...
[ada perkataan yang harus dibuang], My rifle and myself are the defenders of my country. We are the masters of our enemy. We are the saviors of my life.
So be it, until  there is no enemy, but peace!

Ini lah ucapan yang wajib dihafal, setiap kali ada perhimpunan pagi, ini lah yang diugkapkan. Hentah hape2. Tak ada guna pon dalam kehidupan. Tapi aku tak pernah nah hafal benda ni, mengarut! Sama lah menghafal nombor-nombor mereka yang berada diatasan aku. Untuk masa singkat sahaja aku hafal, kemudian aku terus lupakan. Tak pernah ada usaha untuk aku menghafal benda-benda mengarut tu. Sumpah! Buang masa. Tapi, aku done! Alhamdulillah.

Kembali kepada tajuk. Ya! Aku langsung tak berguna.
Pertama, hati yang semakin lupa pada sang pencipta.
Mudah rapuh apabila dijentik
Mudah remuk apabila terhanyak.

Disaat diperlukan,
Aku tidak ada menghulurkan tangan.
Aku berjalan sendiri terus kehadapan,
sedangkan ada lagi dalam lubang itu menanti huluran tanganku membawa dia keluar.
Sewaktu aku memerlukan tangan dihulur,
Ada tangan yang membantu.
Setelah aku di atas,
Aku lupa pada dibawah.
Im useless...

Mengapa perlu aku yang menangis pada yang bukan aku punya?
Itu persoalanku.
Tapi, itu bukan sikapku
Aku benar-benar ingin memberi bantuan,
tetapi, dengan izin allah,
aku tidak mampu.
Entah mengapa,
Air mata mengalir perlahan
Kecewa kerana mengecewakan

Hanya semudah A,
tetapi aku ingin menjangkau E,
hanya kegagalan A,
bagaimana harus aku melangkau ke E!
YEs Im useless!
READMORE
 

Pertandingan Video OSEM 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nampaknya Iche Gabana anjurkan lagi pertandingan video beliau.
Tahun lepas mendapat sambutan yang mana juara pertandingan tersebut kini mencapai jumlah tontonan sebanyak 54,835 dan akan menaik lagi jumlah ini.

Mungkin penyertaan kali ini lebih osem dan lebih banyak persaingan.

Video apa yang juara tu? Nah, ini dia.

Sesiapa yang berminat boleh le layari blog inche alam maya itu di blog nye disini.
Dan mengenai pertandingan video itu disini.

Semoga berjaya kepada yang berminat. Saya? Hentah lah, tiada bakat dan tiada subject untuk dimasukkan dalam video. Rakan-rakan bulatan gembira dah terpisah jauh :(

Ok, salam. Ukhwah fillah!
READMORE
 

Lets Join Us