Rindu Qubah Biru Itu

[kredit]

Saat pertama kalinya
Kaki ini melangkah perlahan,
Menantikan ketenangan yang bakal menerpa,
Soalan pertama ditanya,
Mahu lakukan apa?
Lembut bicara menjawab,
Ingin solat.
Muka itu pelik,
Melihat kejanggalan pada wajah dan langkah,
Solat apa pada waktu ini?
Diri ini senyum, terus mencari hala tuju.

Air itu,
membasahi wajah, tangan dan kaki itu,
mengharapkan air itu menjadi saksi,
perjalanan seorang hamba mencari cinta abadi.

Langkah kaku dan sepi,
Anak-anak tangga itu diteliti,
Mata meliar mencari identiti
Suara terdengar deruan kanak-kanak riang berlari.

Dengan perlahan,
tangan mengapai kain putih itu.
Takbir bergema kuat dalam hati
Meneguh percaya pada Ilahi.
Mengharap belas ihsan tuhannya.

Perempuan itu saban hari melihat,
Perlakuan pelik itu
Solat pada waktu itu
Namun, masih belum dia bertanya.

Tubuh ini berketar, hati meronta kuat.
Takut perlakuan itu dianggap songsang dari ajaran ahli sunnah.
Percayalah,
waktu Dhuha itu indah! Sumpah, sangat indah!

Perempuan bertopeng itu,
Kelihatan menyendiri,
Dari raut matanya,
Dia baik orangnya,
Masih belum sempat mengenali.
Ingin sekali lihat wajah itu,
Alhamdulillah,
Wajah itu kulihat,
Biasa tetapi luar biasa!
Tangan itu disentuh,
Aura luar biasa menerpa,
mengalir ke tubuh.

Sekali tidak pergi,
resah berhari-hari.
Duhai Kubah Biru
Aku merindui ketenangan berada dibawah perlindunganmu!
tetapkan hatiku, untuk terikat rindu pada kubah2 yang lain
Amin

Aku rindu ketenangan berada di bawah kubah biru itu!

[Masjid Al_Rashidin Alor Gajah Melaka]

Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel Rindu Qubah Biru Itu Dicoret oleh NH pada hari Jumaat, 12 Oktober 2012. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting Rindu Qubah Biru Itu
 

Lets Join Us