[kredit]
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini keputusan final untuk sesi diploma keluar. Tak adalah baru sangat, beberapa minggu sebelum ni. Target untuk praktikal A, tak kisah sama ada + ataupun -. Subject Phy sekadar lulus sebab tak larat nak study dah. hehe. Tetapi bila keluar result, CGPA bawah 3.5. Harapan untuk dekan punah :(
Hampir-hampir tetapi sikit jauh. Alhamdulillah, dapat konvo on time.
En Pahrol dalam penulisan beliau selalu menyatakan, "What you give, you get back". Benar, apa yang kita bagi, itu yang kita terima balik. Itu yang kita dapat. Sebagai contoh, subjek fizik. Belajar serupa tidak. Nasib baik rajin pergi kelas, kalau tidak tak berkat juga ilmu belajar kerana tidak dapat restu cikgu yang mengajar kita. Paling tidak, cikgu yang mengajar kita itu kenal dengan effort yang kita beri dalam kelasnya.
Semasa belajar di universiti tidak sama dengan belajar di sekolah biasa. Situasi berbeza. Penanda kertas peperiksaan adalah cikgu kita sendiri, bukan seperti UPSR, PMR, SPM dan sebagainya yang cikgu tersebut tidak kenal kita langsung. Oleh kerana itu, cikgu-cikgu yang mengajar di universiti ini harus kenal dengan pelajarnya kerana ini mampu untuk membantu pelajarnya untuk lulus mahupun gagal. Namun letaknya perkenalan cikgu dengan pelajar adalah pada pelajar itu sendiri bukan pada cikgu itu. Hal ini kerana, cikgu tersebut mempunyai berpuluh mungkin ratusan pelajar untuk diingat. Sedangkan pelajar hanya perlu mengenal cikgunya kurang dari sepuluh orang. Macam mana untuk dikenali cikgu? Bukan untuk bodek, bergesek dan pelbagai teknik kotor yang lain, cukup sekadar hadir pada kelasnya jika boleh tidak ponteng dalam kelasnya. Itu sudah cukup untuk cikgu tersebut mengenali diri kita sebagai seorang pelajar yang rajin ke kelasnya. Dia mengenal usaha kita walau mungkin dia tidak kenal siapa kita, bagaimana rupa kita dan sebagainya. Namun jika dapat memberikan lebih dari itu lebih baik. Contoh, aktif dalam kelas. Bukan bising dan lompat-lompat. Cukup pada tumpuan yang lebih dan bertanya. Namun, tidur dalam kelas pun mampu menarik minat cikgu untuk mengenal kita :p Tapi tidak digalakkan kerana itu sifat yang negatif. :)
Kembali pada tajuk. Syukur. Syukur ini tidak ramai yang praktikkan. Syukur dalam erti kata lain, terima kasih. Kadang-kadang kita sesama manusia pun susah untuk berterima kasih inikan dengan Allah. Apabila diberi betis, sudah tentu nak peha. Pepatah melayu kebanyakannya tidak pernah silap. Hampir betul keseluruhannya. Inikan pula al-Quran dan Hadis. Apa maksud diberi betis nak peha ini? Sebagai contoh, cukuplah lulus tetapi apabila keputusan keluar dan dapat tahu rakan-rakan lain lebih baik, mula berkata, "Kenapa tak dapat macam mereka?" Bila sudah dapat 3.00 hendak pula 3.50. Bila sudah 3.50, hendak pula 4.00. Ini wujud setelah ada orang yang lebih baik dari kita, terutama mereka rakan-rakan saingan/baik kita. Tidak salah jika mahu lebih baik, namun harus diiringi dengan syukur yang sebenar-benarnya. Mahu lebih baik untuk akan datang diiringi dengan usaha dan doa yang lebih dari sebelumnya. Bukan jealous tak semena-mena tanpa mengambil iktibar atau pengajaran. Jika
jealous tersebut mendatangkan motivasi tak apa, tetapi jika wujud iri hati sudah muncul penyakit hati. Maka, bermulalah fitnah-menfitnah kata bodek cikgu, tiru dalam peperiksaan, soalan bocor dan sebagainya. Sedangkan diri sendiri yang tidak betul. Dosa pun bertambah jika apa yang dikatakan kepada orang yang tidak betol.
Manusia tidak akan puas jika tidak bersyukur. Dalam al-Quran ada merakamkan, "Sangat sedikit daripada kalangan hambaku yang bersyukur." ( 34:13). Kita selalu lupa bahawa lebih ramai sahabat- sahabat kita yang kurang bernasib baik. Bukan kerana mereka tidak berusaha, namun mereka belum punya rezeki untuk lulus dan itulah ujian bagi mereka dalam usaha menjadi manusia lebih berjaya jika mereka mengambil sudut positif dari apa yang berlaku. Riwayat Muslim merakamkan bahawa Nabi Muhamad
صلى الله عليه و سلم bersabda yang bermaksud, "Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripadamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar, agar kamu tidak mempertikaikan nikmat Allah." Bukan tidak boleh melihat orang yang diatas, tetapi cara kita memandang mereka, apakah dengan iri hati ataupun dengan bermotivasi?
Sekarang ini, ramai golongan bijak pandai. Sedikit yang kurang pandai. Di Malaysia terlalu banyak makanan, hanya sedikit yang dimakan. Terlalu banyak buku namun hanya sedikit sahaja yang dibaca. Terlalu banyak senjata M16 namun hanya beberapa yang dipakai. Eyh. hehe. Apa yang cuba dikatakan disini, masih ramai yang 'sedikit' walau realitinya 'banyak'. Apa yang sedikit dan apa yang banyak? Renung sebentar... Tarik nafas, dan hempus. Ok. Dalam buku tulis sekolah dulu-dulu, berapa helai kosong dan berapa helai yang digunakan? Kebanyakannya mesti kosong melaikna subjek-subjek yang tertentu sahaja. Dalam helai yang digunakan, berapa perkataan atau ayat yang kita manfaatkan? Kolej dan universiti mampu mengambil pelajar baru dalam kuantiti yang besar dan konvo sangat ramai, namun berapa ramai yang berkualiti semasa bekerja? Sangat sedikit. Ramai yang bangga dapat PMR dan SPM banyak A. Tetapi A dalam subjek apa? Bukan mempertikaikan subjek tertentu, namun subjek tesebut belum tentu mampu memasarkan diri kita untuk melanjutkan pelajaran. Ramai orang tanya, "Berapa A kamu dapat?" Tidak ramai yang bertanya, "Subjek apa yang kamu dapat A?" Soalan ini akan diajukan selepas soalan no 1 tadi. Benar?
Jadi apa maksud sedikit dan banyak ini? Na, langsung tidak ada kaitan dengan perkara diatas, hehe. Apa yang cuba dikatakan disini, jadilah golongan yang sedikit daripada golongan yang banyak. Ramai yang pandai, tetapi berapa ramai yang bersyukur? Golongan orang yang bersyukur sangat sedikit. Maka jadilah golongan yang sedikit itu. Banyak makanan yang ada di Malaysia ini, semua mampu dibeli tidak kira burger tepi jalan mahupun McD. Banyak minuman sama ada air paip yang dirawat mahupun Pepsi. Namun berapa ramai yang berdoa sebelum makan/minum dan bersyukur mendapat rezeki walaupun hanya air paip terawat atau tidak? Di negara ini ramai sahaja golongan bangsawan dan dermawan, namun berapa ramai yang menderma atas nama 'hamba allah'? Ramai sahaja kawan didunia ini, namun berapa ramai yang mampu menjadi sahabat dunia dan akhirat? Golongan kedua ini selalunya tidak kelihatan dalam keramaian. Namun, golongan kedua inilah yang memenatkan malaikat kanan kita bekerja. Tak cukup kertas, pinjam pada malaikat kiri kita. Bila menerima buku amalan, diterima dengan tangan kanan dan lebih tebal malah berganda-ganda daripada kamus dewan ataupun kompilasi lawak kampus, wah,, alhamdulillah... amin.
"Sangat sedikit daripada kalangan hambaku yang bersyukur" (34:13)
Mudah-mudahan kitalah kalangan yang sedikit itu. Amin. InsyaAllah.
Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari hamba. Wassalam
Rujukan:
[1] Solusi 43. Subur Dengan Syukur. Terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.