BAJU Oh BAJU

[gambar hiasan::Edit with PScs3]

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sangat sibuk pada minggu lepas. Semua perkara nak dibuat pada minggu lepas. Antara perkara yang dilakukan pada mingu tersebut ialah:
-Mengemas rumah dan seantero dengannya
-Misi mencari serai. 5 rumpun tuh siap disiang sekali. Gatal ow..
-Membakar timbunan sampah belakang rumah. Seronok dapat main asap :)
-Misi membuat dadih. Nyam-nyam
-Misi mencari dan makan durian, rambutan dan manggis. Sedap2..
-Kenduri kahwin sepupu. Penglibatan 3 hari berturut-turut.
-Men'design' baju untuk salah satu badan beruniform universiti.

Kerja mendesign baju tu seharusnya disiapkan lama dah. Beberapa hari sebelum kenduri kahwin berlangsung. Tetapi, no idea lah. Jadi, kerja tersebut ditunda-tunda sehingga siap sepenuhnya pada hari ini. Kerja mendesign ni sebenarnya hanya kurang 2 jam, tetapi, malas punya pasal. Tertunda berhari-hari. Sebab tu ramai orang pesan, jangan tangguh-tangguh kerja. hehe. 

Mana desing baju tu? Nanti lah ye, bila da present pada pihak terlibat baru disiarkan. Insyaallah.. 
Design yang buruk lagi hodoh tu mesti akan ditolak mentah-mentah. Selera masing-masing kan? Terima dengan redo. huhu.

Bila bekerja dengan seni ni, payah sangat-sangat. Tak boleh dikerah, dipaksa dan dijanji masa untuk submit bila belum biasa dengan kerja-kerja macam ni. Papepon, alhamdulillah, tugas terlaksana.
Wee~

Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel BAJU Oh BAJU Dicoret oleh NH pada hari Isnin, 11 Jun 2012. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting BAJU Oh BAJU
 

Lets Join Us