Kepada Bakal Pelajar UiTM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bila tengok kat web traffic, banyak yang search fasal pendaftaran pelajar baru uitm. Tak tahu nak bagi information macam mana. Tibe2 kat fb ada orang post someting.

Ehem
Selamat datang ke UiTM kepada pelajar baru dan lama.
Kepada pelajar baru yang akan mendaftarkan diri, lihat video dibawah. Banyak maklumat dan 100% betul! hehe




Apa yang dinyatakan oleh hamba allah di atas antaranya:
-Bawa bantal dan selimut sendiri
-Bawa Baldi
-Bawa kasut sukan
-Bawa minyak angin cap kapak
-Dokumen salinan haruslah disahkan
-Topup banyak-banyak
-Jangan bawa barang beharga spt Kamera, leptop dll (elak kes kecurian)
-Lelaki bawa tali leher, baju kemeja lengan panjang banyak2, seluar jgk. Kasut potong/kasut kulit
-Perempuan bawa baju kurung banyak2, tudung putih kasut tertutup.
-Bawak macam baju sekolah tu, kain hitam baju putih bg perempuan dan baju putih seluar hitam bagi lelaki.

Ada yang tak dinyatakan, bawa beg galas macam beg sekolah dulu2 tuh. Sebab? Mudah dibawa kemana2. hehe


Mental haruslah kuat dan engatlah, seminggu itu umpama sebulan. hahaha.. Tapi, kenangan tetap kenangan.. Minggu Destini Siswa (minggu orientasi) sangat seronok! Percayalah :))




 

Percutian

[kredit]

MAAF
[post tidak ada kene mengene dengan tajuk. hehe]

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Dah lama tak update blog ni. Sibuk mengurus urusan rumah tanggalah katakan. hehe. Almaklumlah, cuti sekolah je duduk rumah. Nak kerja nanti kene minta cuti pula setiap bulan. Nak pergi holiday kat Araustralia. Penat pun ada kerja ulang-alik dari Malaysia ke Araustralia ni.Tapi nak buat macam mana, tugas tetap tugas. Haruslah dilaksanakan dengan jujur dan iklas.Poyo je. hehe.

Apa cerita kali ini erk? [Baru nak fikirkan.hehe].

Ok jumpa.. hehe

Apa perasaan kita bila lihat orang lain dapat jalan-jalan makan angin luar negara macam saya ni? Setiap bulan pergi outstation kat luar negara. Tentu jel0s bukan? hehe. Selain daripada itu, apa perasaan kita bila melihat album kawan-kawan kita difacebook berposing di menara-menara terkemuka dunia ataupun sedang bermain salji atau duduk dibawah pokok yang mengugurkan bunga sakura. Mereka belajar di negara orang. Jel0s bukan? Lebih menambah kejelosan itu bila mereka semua disana ditaja oleh badan-badan kerajaan. Sedangkan kita disini bergelumang dengan hutang. huh~

Setiap orang ada tempat idaman yang nak sangat pergi. Antaranya Korea, Jepun, China, London, dan mana-mana land seantero dunia ini. Macam mana dengan Mekah Al-Muqaramah? Tentu destinasi pelancongan terakhir bagi sesetengah orang bukan? Tapi bagi saya, itu merupakan lokasi pertama luar negara selepas ini. Insyaallah. Bila lihat kawan-kawan dapat peluang melawat tanah suci itu, timbul rasa jelos pada insan tersebut. 

***

Sememangnya diri ini nak sangat belajar di luar negara, tetapi apakan daya SPM main-main dulu. huhu. Sememangnya diri ini nak sangat menghadap kaabah itu, tetapi apakan daya belum ada rezekinya. Sememangnya diri ini ingin sentiasa senyum walau hati penuh tusukan dan hirisan kesakitan menghadapi liku-liku kehidupan. Tetapi apakan daya,desakan nafsu terus menekan mengikut perasaan marah hampir semua orang kena tempiasnya. huhu. Maaf pada sesiapa yang pernah terkena tempias tersebut. hehe.

Namun, syukur. Diri ini masih sihat walafiat walaupun suka-suka hati nak pengsan walau dimana jua diri ini berada. Pengsan aka tidur. hehe. Ini sememangnya penyakit yang sukar dibuang. huh~

Jika impian anda ini diterima oleh orang lain, apa perasaan anda? Ofkoz jelos bukan? Sama macam saya. Hamba Allah ini dapat tajaan belajar luar negara, cool je orangnya, dan baru dapat tahu dia sedang menjalani ibadah umrah! Alhamdulillah. Jelos tetap jelos. Seolah-olah, apa yang saya nak dia totally dapat. 

Namun dalam nikmat tersebut, diberi kecerdikan luar biasa, diberi tajaan untuk belajar luar negara, diberi kekuatan mental yang sangat luar biasa, diberi kesempatan 'date' di tanah suci' dengan sang pencipta, dialah the choosen one. Allah memilih dia untuk diberi dugaan yang sukar untuk diterima oleh kebanyakan orang. Soal hidup dan mati diri sendiri. Saya cuma berharap dia terus dengan semangat dia yang dahulu. 

Dia masih tetap senyum semasa menyatakan dia telah [...]. Hebat kekuatana hati hamba allah ini walaupun hatinya lemah secara batinnya.

Saya berusaha belajar daripada dia, senyum sokmo. Namun, susah, sangat susah. Masalah menutupi hiasan senyuman itu. senyum namun masih teserlah masalah dibait senyuman itu. 

Marilah sama-sama kita doakan agar diberi kesihatan yang baik dan tabah menghadapi dugaan yang mendatang. Amin...

"...Ya Tuhan kami, janganlah engau hukum kami apa yang kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana engakau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kami kepada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir". ( Surah Al-Baqarah 286)

Kepada hamba allah tersebut, be strong ye. Kitorang semua sayang kamu!




 

WORD

[kredit]
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Word, dalam bahasa melayunya ialah perkataan. Perkataan pula yang menurut pada istilah kamus dewan bermaksud ... [ cari sendiri. hehe].

Semua orang ada mulut dan dengan izin Allah boleh berkata-kata. Cuma pada hari kiamat kelak, mulut-mulut ini akan terkunci dari berkata-kata kerana tubuh badan lain yang akan mengistilahkan perbuatan manusia semasa hayat mereka.Perkara ini dirakam sendiri dalam al-Quran surah yasin [ayat berapa saya tak ingat]. Ya, semua orang boleh berkata-kata melainkan jika dia seorang yang bisu. Namun, orang yang bisu juga boleh berbicara melalui bahasa isyarat dan mungkin melalui penulisan. Tiada yang mustahil didunia ini jika manusia itu berusaha. Masing-masing juga diberikan hati, maka hati juga boleh berbicara walaupun mulutnya tidak mampu lantang bersuara.

Semua orang boleh berkata-kata, tetapi berapa ramai yang berkata-kata tetapi dusta? Contoh, memberi nasihat namun dia tidak consisten terhadap nasihat yang diberikan. Sebagai contoh, jangan tinggal baca al-quran, 1 hari seayat pun jadi. Tetapi. kadang-kadang dia sendiri lupa pada nasihat tersebut. [peringatan untuk diri sendiri].

Ramai juga yang berkata-kata bukan dari hati tetapi dari akal dan nafsu.Kesan daripada itu, muncullah adegen-adegen yang mendorong kepada lembah dosa seperti mengumpat, mencaci, mencerca dan sebagainya.

Sering kita dengar dan baca orang berkata, "Alhamdulillah". Contohnya apabila seorang artis berjaya merangkul anugerah artis paling porpuler or terbaik ke, mereka akan berkata/mengucapkan ungkapan "Alhamdulillah, kerana tu dan ini bla..bla..bla...". Tetapi apakah dengan hati yang benar-benar memuji kebesaran Allah? Mungkin ungkapan "Alhamdulillah" itu sekadar perhiasan dalam berbahasan dan pertuturan. Sama seperti garam pada masakan, jika tidak ada maka tak sedap.

Semasa berwirid dan bertasbih selepas solat contohnya. Itu hanya kata-kata.Contoh selepas sembahyang berjemaah di surau dan sebagainya, selepas solat akan ada wirid. Kita kadang-kadang hanya menyuarakan zikir itu dari perut ke  mulut. Bukan dari hati ke mulut. Susah sekali untuk zikir yang terbit dari hati melainkan kita ditimpa musibah/dugaan yang berat. Kita akan menangis, dari hati yang lemah. Jika kita bersyukur setelah menang atasi dugaaan, kita akan bersyukur dan menangis sambil mengucapkan alhamdulillah. Sememangnya, itulah kalimah paling berharga kerana lahir dari hati yang benar-benar bersyukur. Namun ungkapan alhamdulillah itu lebih baik dari tidak ada langsung.

Ucapan terima kasih, mudah bukan? Tetapi berapa ramai yang berterima kasih? Sama seperti sebelum ini, hanya berkata-kata bukan dari hati. Maaf dan sori. Apa perbezaannya? Perbezaannya, sori itu digunakan oleh kebanyakan orang tetapi maaf itu hanya sedikit selain daripada ejaan dan bahasa yang berbeza. Maaf digunakan dalam doa semasa solat.Contoh, "Maafkan aku ya Allah atas kesilapanku..." Ada tak yang kata "Sori ya Allah atas kesilapanku..." Mugkin ada tetapi kelihatan janggal. Bila terlanggar orang kita kata, 'sori', cuma touch and go dan tak singgah kt RnR hati. Bila mintak maaf pada hari raya kita akan kata, "Maafkan aku". bukan kata "Sori". Perkataan maaf itu lebih terkesan berbanding sori kerana apa? Maaf itu bahasa melayu dan sudah sebati dalam diri kita. Tapi, berapa ramai yang kata maaf berbanding sori? Amir raja lawak pun kata, " Im Sori".. :p

Kata-kata juga boleh menjatuhkan dan membangunkan. Sebab itu wujud kata-kata perangsang dan kata-kata semangat. Kata-kata boleh mendatangkan pahala juga sebaliknya. Bergantung pada cara kita berkata-kata. Kata-kata juga boleh menjadikan yang haram kepada halal dan halal kepada haram. Contohnya akad nikah dan lafaz cerai.

Jadi berhati-hati ketika berkata dan menuliskan perkataan.

"Mata pena lebih tajam daripada mata pedang", Saidina Ali
 

Lets Join Us