S.A.B.A.R second edition ( moral of the Story)


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari berganti hari dan umur semakin pendek. 12 Januari merakamkan saat-saat seorang lagi khalifah Allah dilahirkan kedunia. Alhamdulillah, beliau sudah berusia 21 tahun pada tahun 2012. Namun sepanjang 21 tahun hidup beliau, apakah beliau mampu memegang janjinya pada Allah sebelum ditiupkan roh kedalam jasad dialam rahim? Persoalan dan jawapan hanya Allah yang tahu. Dia hanya seorang khalifah yang masih lagi mencari siapa diri dia, dimana iman yang tersembunyi dan masih mencari siapakah Allah itu?

Tahun 20-an ini merupakan satu tempoh yang amat bermakna. Pada tempoh ini, dia akan menamatkan pengajian diploma, ditauliahkan sebagai leftenan muda, insyaallah melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah, mungkin juga akan berkahwin dalam tempoh ini. Semua perkara akan dilaksanakan dalam tempoh umur 20-an ini. Tempoh yang sangat singkat dan sangat mencabar. Mudah-mudahan diberi kekuatan iman untuk hadapi semua dugaan dan cabaran hidup sepanjang tempoh ini dan akan datang.

Kembali kepada tajuk. Jika sesiapa ada terbaca post sebelum ini yang bertajuk S.A.B.A.R. Mengapa saya meletakkan tajuk ini semula? Mesti ada peristiwa tertentu yang mampu membuatkan kesabaran saya tergugat dan hampir goyah. Sepanjang perjalanan sebagai seorang manusia, tidak akan pernah terasing dengan dugaan dan cabaran. Terserah sama ada mahu sabar mahupun tidak. Dugaan datang bergolek.

Pernah satu ketika, saya dikejutkan dengan satu peristiwa yang sememangnya telah saya jangkakan. Memang benar-benar terkejut kerana sedang nyenyak tidur [hehe]. Bayangkan, anda ada sebuah jam yang sangat mahal. Anda jaga, pelihara dan tidak menunjukkan kepada orang lain takut-takut dicuri. Jam itu anda simpan ditempat yang selamat, tutup dan jaga jangan kotor, berhabuk mahupun calar. Sepanjang jam itu bersama anda, anda mampu peliharanya. Anda jaga jam itu selama 19 tahun. Tiada calar, tiada kekotoran dan sentiasa terpelihara. Namun, datang pihak ketiga dengan tanpa rasa bersalah telah mencalarkan jam anda, dan mengotorkan jam anda yang selama ini anda pelihara dengan rapi. Apa perasaan anda? Jam hanya harta/kebendaan yang boleh dibeli dengan wang ringgit. Namun bayangkan jam itu adalah maruah [aurat] anda. Dipelihara aurat wanita itu, dijaga sepanjang hidupnya. Tidak pernah dilihat oleh bukan mahramnya. Namun, hilang hanya pada satu punca. Apa perasaan anda? Mungkin anda tidak melihat dan memahami apa yang disampaikan, tetapi bayangkan benda yang anda sayang dan jaga dirampas. Apa perasaan anda?

Selepas mengetahui peristiwa itu, ramai yang menangis, ramai juga yang membenci, ramai juga yang memaki. "Siapakah aku, dia dan mereka untuk dia tega melakukan itu kepada kami". Persoalan itu yang saya ungkapkan. Saya yakin, akhirat itu ada, kita adalah hamba. Di akhirat, yang membezakan manusia itu adalah amalan dunia mereka, bukan pangkat dunia menjadi penolak masuk syurga. Saya ambil yang positif daripada peristiwa itu. Mudah-mudahan Allah memberi hidayah kepada dia. Amin~

Peristiwa ini mengoyahkan kesabaran saya. Tangisan kekecewaan akhirnya jatuh membasahi pipi. Bibir tidak lekang memarahi dan membenci. Setelah mengadu pada pencipta, ketenangan itu mengetuk pintu hati. Kesimpulan telah tercapai, "Akhirat itu ada, siapa kamu untuk membenci?" Itulah pegangan hingga kini terus tersemat disanubari. Penyelesaian termaktub.

Bergolek peristiwa seterusnya. Siapa sangka dia adalah angkara masalah tersebut. Sebumbung hidup mereka, solatnya dijaga, amalan sunat tidak dilupa, rupa-rupanya dialah si angkara. Dia merayu maaf kepada dia yang perlu memaafkan. Disini saya letakkan pihak satu sebagai difensif dan pihak kedua sebagai plantif.

Peristiwa :: Plantif digemparkan dengan perkara yang tak disangka.
Persoalan :: Siapa punya angkara?
Jawapan :: Difensif memberi jawapan, dia punya angkara.
Tindakan :: Plantif membuat laporan polis. Difensif memohon maaf dan berjanji menebus kesalahan tersebut.
Kes mahkamah :: Tiada dalam rekod. Laporan ditarik balik oleh pihak plantif.

Sepanjang mengetahui bahawa defensif itu lah punya angkara, plantif hanya memikirkan perkara tersebut sehingga meniggalkan solat zohor, asar dan ada lagi kot [terlupa. maap, huhu]. Pertengkaran 'manja' berlaku sehingga meninggalkan kesan 'love bite' di salah satu anggota badan pihak plantif. Pihak difensif meminta maaf dan akan menebus kesalah tersebut. Akhirnya, laporan polis ditarik kerana kesalahan telah ditebus.

#1
Persoalan: Wajarkah pihak plantif meniggalkan kewajipan sebagai hamba allah kerana memikirkan masalah tersebut.
Jawapan: Mungkin dia telah menjadi hamba kepada masalah.
Hipotisis: Semakin banyak masaalah, semakin dekat pada Allah. [sepatutnya]
*Hipotisis ditolak kerana plantif menggunakan pembolehubah yang salah.
Kesimpulan: Jadilah hamba allah yang tidak memperhambakan diri kepada masalah. Siapa kita untuk meghukum roh kita, tidak memberi makan kepada roh kita kerana tidak melakukan amalan wajib gara-gara masalah dunia?

#2
Persoalan: Wajarkah defensif diperlakukan seperti itu? [ada periswanya, malas nak cerita. hehe]
Jawapan: Siapa kita untuk menghukum sesama hamba. Ingat, kita ni hamba sahaja. Tak layak nak menghukum

#3
Persoalan: Dia jaga solat, tidak pernah tinggal mengaji al-quran, tetapi dia yang lakukan perkara itu.
Jawapan: Panjang:~

Dia telah menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba Allah. Alhamdulillah. Amalan sunat juga terlaksana dan dipelihara. Namun dialah punya angkara masalah tersebut. Masalah yang sangat besar. Termasuk dalam list dosa-dosa besar dan allah ada merakamkan hukuman sewajarnya untuk perlakuan dosa tersebut dalam al-quran. Plantif mempersoalkan, dia solat tak tinggal tetapi dia yang laksanakan.

Sesunggunya manusia itu tidak lari daripada melakukan dosa. Kita tidak mempunyai sifat maksum yang hanya dimiliki oleh nabi S.A.W. Sekuat mana dia beribadah, sebaik mana dia, sesuci mana muka dia, setua mana pun dia, dia tetap manusia. Setiap manusia ada qarinnya. Ada syaitan yang menghasut. Masih ingat pada peristiwa nabi Adam A.S. yang diturunkan kedunia kerana melakukan dosa kepada allah dengan mengingkari perintahNya kerana tetap termakan hasutan syaitan agar dimakan buah itu? Bayangkan syurga itu semua ada, tetapi, tetap nak makan buah itu juga. Kerana apa? Kerana hasutan syaitan. Nabi Adam juga termakan hasutan inikan kita hanya manusia biasa.

Janganlah diaibkan orang yang melakukan dosa itu. Kalau boleh ingin dikhabarkan kepada semua orang, dialah punya angkara! Cuba letakkan diri sendiri ditempat dia. Memanglah kita buat silap, kita dah minta maaf, perlukah diungkit? Kesalahan telah ditebus bukan? Siapa kita untuk menghukum? Kita hanya perlu ambil pengajaran daripada peristiwa tersebut dan bukannya mengaibkan dan mengungkit.

Inilah dua insan yang berbeza posisi. Bayangkan jika anda berada ditempat mereka. Apa yang anda lakukan.

Sabar itu kunci rahsia jawapan untuk segala persoalan. Marah itu mudah, sabar itu indah. Sabar adalah permata indah. Sabar umpama emas yang mana semakin lama disimpan, semakin tinggi nilainya. Sabarlah kerana kita ini umat muhamad SAW. Baginda SAW mengajar kita untuk bersabar.

"Sabar itu sebahagian daripada iman" riwayat muslim. Tahanlah sabar sehingga merah mukamu, kerana cantik seperti humairah.Tahanlah sabar sehingga mengalir air mata mu, kerana air mata itu adalah permata bukti yang mampu membawamu kesyurga. Tagihlah janji allah yang mana allah ada berfirman bahawa hambanya akan masuk kesyurga berkat kasabarannya.

Mudah-mudah allah memelihara kita untuk terus bersabar. Bersabarlah dalam tiga perkara. (1) Melaksanakan perintah Allah, (2) Meninggalkan maksiat, (3) Menerima dugaan.

Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri patik sendiri. Segala pengisian untuk perkongsian sebagai pengajaran. Ambil yang keruh, buang yang jernih. Insyaallah~




Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel S.A.B.A.R second edition ( moral of the Story) Dicoret oleh NH pada hari Ahad, 29 Januari 2012. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting S.A.B.A.R second edition ( moral of the Story)
 

Lets Join Us