AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK S.O.L.A.T


Semua orang tahu bahawa meninggalkan solat itu dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita jika meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.
Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku mendapat zuriat, aku akan minum air kencing anjing hitam”.
Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan anak. Apabila mendapat anak, lelaki itu pun rungsing. Dia sudah bernazar dan kena minum air kencing anjing hitam. Syarat pada zaman Nabi Musa, berbeza dengan syariat yang turun yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi dikenakan denda (dam) atau sedekah. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun benda haram tetap kena laksanakan nazar itu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tersebut tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati dan menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa itu tadi.
Lihatlah betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tidak uzur) air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang yang meninggalkan solat. Tak gamak kan?
Tetapi lain pula halnya dengan kita ini. Pagi petang, mamak! The tarik satu, roti canai satu. Ada pula segelintir tukang masak yang tidak solat. Kita pun makan bekas air tangan mereka. Gelaplah hati kita, sebab itu liat nak buat kerja-kerja yang baik.
Hati-hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui isra’ mikraj sedangkan kawajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril . Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam).
As-solah as solah wa amalakat aimanukum
“Solat, solat jangan sesekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tangungganmu”
Jadi sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir dan batinnya kerana amalan solatlah yang pertama ditimbang di Mizan kelak.
Sumber: IMAM (Ikatan Mahasiswa Madani) UiTM Perlis

Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK S.O.L.A.T Dicoret oleh NH pada hari Khamis, 4 November 2010. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK S.O.L.A.T
 

Lets Join Us