Rasulullah s.a.w. pernah menasihatkan seorang lelaki: “Jangan marah”. (Riwayat al-Bukhari). Menurut al-Khattabi, maksud larangan tersebut adalah menjauhi sebab-sebab yang mencetuskan marah dan jangan melakukan sesuatu yang mengarah kepadanya. Mari perhatikan adab-adab ketika marah seperti berikut:
JANGAN MARAH KECUALI KERANA ALLAH
Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Demi Allah, Baginda tidak pernah marah kecuali kerana urusan peribadi yang beliau hadapi kecuali apabila larangan Allah dilanggar, maka beliau akan marah kerana Allah.” ( Riwayat al-Bukhari no.6404)
INGAT KEKUASAAN DAN KEAGUNGAN ALLAH
Ingatlah kekuasaan dan keagungan Allah ketika marah agar marah kita dapat dikawal.
MENAHAN MARAH
Allah menyukai orang yang menahan marah sebagai firmanNya yang bermaksud “.... dan orang yang menahan marahnya dan memberi maaf kepada orang lain dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.” ( Surah Ali ‘Imran 3:134)
BERLINDUNG KAPADA ALLAH KETIKA MARAH
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jika marah seseorang yang marah mengucapkan ‘A’uzubillah’ (aku berlindung kepada Allah), nescaya akan reda kemarahannya.” (Riwayat Ibn ‘Adi)
DIAM
Daripada Imam Ahmad, maksud sabda Baginda s.a.w.: “Ajarilah, permudahkanlah dan jangan menyusahkan. Apabila salah seorang daripada kalian marah, hendaklah diam.”
MENGUBAH POSISI
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Jika salah seorang dari kamu marah ketika berdiri, maka hendaklah ia duduk. Apabila marahnya tidak hilang juga, maka hendaklah dia berbaring.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah)
BERWUDUK
Marah itu api syaitan. Oleh itu, sejukkan marah itu dengan berwuduk.
BERSABAR DAN MEMAAFKAN
Sebaik-baik orang yang marah, memafkan orang yang dimarahinya. Maksud firman Allah yang bermaksud, “Dan jika mereka marah,mereka memberi maaf.” ( Surah al-Syura 42:37)
Allah berfirman yang bermaksud, “Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar.” (Surah al-Nahl 16:126)
sumber: solusi