Latihan Tahunan Palapes sesi Diploma 2011



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Akhirnya latihan tahunan palapes tahun 2011 berakhir dengan jayanya. Latihan berterusan selama 1 minggu diikuti latihan khemah tahunan yang diadakan di bumi Arau telah mencatat satu lagi sejarah apabila menjadi tuan rumah untuk kali yang kedua. Sebelum ini diadakan di Uitm Dungun 2010 dan Uitm Pulau Pinang 2009. Alhamdulillah, akhirnya diri ini mampu melaksanakan tanggungjawab setelah tamat semua latihan tahunan dan ujian yang melayakkan diri untuk pentauliahan diraja di Universiti Utara Malaysia tahun 2012 nanti. Insyaallah.
Sepanjang latihan dilaksanakan, hanya 3 cawangan yang terdiri daripada UiTM Arau, UiTM
Dungun dan UiTM Melaka. Ada juga wakil dari UiTM Shah Alam namun hanya seorang. Latihan yang melibatkan 3 peringkat iaitu Junior, Intermediate, dan Senior telah berjaya melalui
semua sesi latihan dengan jayanya.

Pada peringkat junior, mereka didedahkan dengan latihan asas ketenteraan yang penekanan hanya pada peringkat permulaan. Terdapat juga ujian bertulis dan praktikal pada peringkat ini. Senjata yang ditekankan ialah M16 dan fasa medan ialah CIW. Pada peringkat intermediate sudah mula diuji oleh team validasi yang mana mereka diuji ujian senjata, perintah, peta, kawad dan PKT dan juga dua ujian bertulis. Fasa medan ialah fasa mara dan serangan. Mara berjalan kaki sejauh lebih 16km. Manakala pada peringkat senior, mereka juga diuji oleh team validasi. Mereka diuji ujian senjata, perintah, kawad, peta dan dua ujian bertulis. Fasa medan pada peringkat senior ialah fasa pertahanan dan pengunduran.

Terdapat beberapa aktiviti sampingan sepanjang latihan berterusan iaitu, khidmat masyarakat, abselling, pengapungan, jalan laju, lawatan dan ada juga diberi masa untuk 'outing'. Setiap aktiviti adalah mengikut peringkat masing-masing.


Lokasi latihan adalah di UiTM Arau Perlis, Chuping Perlis, dan disekitar Bukit Kayu Hitam,
Kedah pada sesi medan untuk peringkat intermediate dan senior. Sepanjang sesi
pertahanan, penggalian kubu sedalam paras dada harus disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan diikuti lorong perhubungan. Fasa pertahanan adalah fasa yang paling memenatkan jika dibandingkan dengan fasa sebelum ini kerana kerja menggali adalah berterusan. Namun, setelah selesai menggali, rutin adalah seperti biasa.



Setelah selesai latihan dan majlis malam akrab dilaksanakan pada malam selepas majlis penutupan pada hari yang sama. Pada malam itu, persembahan dan nyanyian
dipersembahkan. Malam akrab adalah malam yang ditunggu-tunggu kerana ia adalah aktiviti kemuncak dimana nama-nama dekan dan kadet terbaik setiap peringkat diumumkan.

Lokasi Latihan Khemah Tahunan pada sesi 2012 akan diadakan di UiTM Lendu Alor Gajah Melaka. Untuk batch 32, 33, dan bakal 34, Semoga berjaya untuk Latihan Khemah Tahunan yang akan datang!
I will not be there! ;)




Pengalaman? Yang buruk biar Rahsia. Hanya mampu kata, latihan tahunan tahun ni memang sangat tersangat-sangat best dan gila-gila. huhu Penat tu normal. Tapi memang sangat penat. Mara pon tak sepenat ini. Papepon,, untuk batch 32, selamat menggali dan untuk batch 33, selamat makan angin ;). Good luck inter and junior. Be strong for next annual camp.Kata kawan saya, 3 minggu je. Insyaallah, selepas kepenatan akan ada kepuasan.. Jangan berhenti separuh jalan. Layan~





READMORE
 

Berjaya!


Assalamualaikum wbt, akhirnya setelah beberapa jam menelaah bende alah nie, akhirnya aku berjaya tukar. Senang je sebenarnya, tapi, info atau input yang diterima memeningkan kepala nia. Habis botak kepala dibuatnye. hahaha..

Apa yang dibuat? Bende kecik je. Pasan tak kat ujung tu? tukar simbol da. haha.. Simbol bentuk

haha,, gah tak? Inspirasi daripada logo adobe photoshop cs3.. Nh stand for my real name. hehe.. Bersemangat edit nih, hehe.. nsb bek menjadi. kalau tak, tutup akaun blog ni. huhu.. tahniah untuk diri sendiri.. hehe...




READMORE
 

Beza Aku dan Dia

Assalamualaikum wbt. Post kali ini cume untuk renungan diri sendiri. Ape masalah tajuk nie? haha, tak ada apa pon, cume nak bezakan aku dan dia. Dia tu siapa? Mana bole bg tau,, rahsia. haha.

Aku dan dia sama-sama belajar, umo pon sama cuma aku tua sikit dari dia. Jantina pon sama,, jab2, meh aku list persamaan aku dan dia:
>>Jantina : perempuan
>> Umur : 20 tahun
>>Keturunan Melayu
>>Agama Islam
>>Aktiviti : Rotu n ehem
>>Kolej : mayang

banyak yang sama, apa yang len? Jom tengok:

Ketinggian : rendah skit
course : chemical industry
minat : korea n makan

Ap yg de lebih,,,?

Rendah lebih dri ak, haha
ada rank/jwtn dlm rotu n kolej
makan lebih
lepak pon lebih
korea lebih

ape yang pelik?
MAng aku pelik n respec kat minah nie, bukn apa, every sem dekan. deeeeennlliiiissst tu. course bkn sebarangn, budak kimia. haha, sape kenal minah nie, mst tau punye. de sorang je bdk kmia pompuan batch ak. kolo de bace mst de gelak guling2. hehe.
Mang pelik la, de rajin layan movie trutama korea. bile makan xbrpantang pon, sume de bantai. lepak pon byk jgk, gelak xyah ckp la. ak training, de training. Ak tdo de joging. aku p ehem, de pon p ehem kt hea. bile de study pon ak xtau. study week je ak nmpk de study. erm~ pelik2. sedangkn msa dia lebih skit untuk study berbanding ak. cm ne de bole jga msa study de.. mgkn klebihn de. tp, knp ak xde klbihn cm de?

mungkin,,, ibadah dia lebih dari aku, auratnya lebih terpelihara dari aku, makanan tambahan lebih dari aku. N satu bende yang mungkin ad berkat dalam idup de,, de sangat sayang kucing. mungkin setiap kali de belai kucing tu, kucing tu doakn de berjaya dunia akhirat. mana tau kn? tmbhn plk kitorang slalu sbut2 bdk bkal NC. Amin~ mudah2 an. part1-5 da dekan, part 6 industry,, insyaallah practical 4flat. amin~.

Untunglah allah bg kmu kecerdasan akal n kecantikan rohani. bukn snang nk jmpe budak pandai ilmu dunia n jaga ilmu akhirat. susah.. doaknn kjyaan kmi juga ye. ap pon, kita mang xrapat, tp ak respek kt ko. tahniah! mudah2an anugerah naib censelor n selempang pink tu ko pkai msa grad nt k. insyaallah.

Kesimpulan : Mengapa kita mempunyai kesempatan masa yang lebih tidak kita gunakan seadanya. Orang lain terpaksa curi masa untuk belajar sedangkan kita bazirkan ia tanpa pengisian. Ruginya manusia kerana biarkan masa itu sepi sendiri. Walaupun tahap kecerdasan akal berbeza, tapi mengapa tak kita usaha lebih dari yang lain.

Sahabat aku ada berkongsi rahsia, sememangnya dia juga dekan. Dia juga rotu. Aku petik kata-kata dia lebih kurang berbunyi,

"Sememangnya kita kekurangan masa untuk belajar, tersangat-sangat kurang berbanding orang lain. Rasa teringin nak rasa suasana belajar student lain yang mana hujung minggu dapat belajar dengan tenang dan bersantai. Rehatkan minda, berjalan-jalan. Tapi kita, melibatkan diri dengan latihan tempatan. Pagi-pagi dah bangun p latihan. Jeles tetap ada, bila tanya kawan-kawan yang lain da study banyak sedangkan kita, balik2 je penat dan terus tido. Buku pun xtengok. Macam mana kita nak arrange masa study kita? Ingat satu benda ja, masa yang sempit itu lebih dihargai berbanding masa yang terluang. Betol tak? Jadi kita beruntung kerana disempitkan masa sebab kita akan hargai masa kita".

itu kata-kata beliau yang sempat terlintas kt fikiran nie. Msa dengar dia membebel tu, aku mengangguk tanda setuju. Sebenarnya, waktu yang singkt itu lebih dihargai. BEnar, waktu singkat itu lebih dihargai.
1. Jika gap final paper antara satu sama lain lama, 2nd last day baru nak study. Alasan,, ala lek lu, lama lg.
2. Jika gap sekejab, time tu pulun study, nak mandi pon rasa buang masa.
3. Jika banyak assigment nak kene antar pada minggu yang sama, time tu kalut. Klu 1bulan tempoh submit, hari nak antr, time tu kalut nak wat.

Benar, waktu yang singkat itu lebih dihargai. Jadi, jika ada masa lapang, isi dengan perkara2 yang berfaedah.
Kepada diri sendiri: kamu tidak sepandai mereka, kurangkan tido banyakkan belajar. Tp jangan banyak sangat. Nt muntah. hahaha [alasan].

Hope I'll success for next semester. Practical + study. Ya Allah, permudahkan urusan aku.
Permudahkan juga urusan sahabat-sahabatku yang lain. Amin~.
READMORE
 

Sebelum Tiba di Bumi dipijak Langit dijunjung.

Assalamualaikum wbt. haha, tajuk nak gempak. Bukan apa, teruja je smpai umah.. kata orang, home sweet home. jab, rumah ak nie manis ke? haha. ntah la. nk kata besar, kecik je, nak kata umah batu, umah papan je pon. nk kata ada aircon, kipas je pon.. ap yang best kt umah ak nie,, haha,, umah ak ad wifi. sb tu on9 sokmo.. hehe.. n,, makan sume free. hahaha

dah2, abis crita pasl rumah,, crita sbnr nye,, ak da abis annual camp.. haha,, benda yg dtunggu2 tok dselesaikan da tamat. yay! 3mnggu yg ntah pape, tp da abes! cam biasa 3mnggu pengisian yg sgt membosankan [ bosan ke? nk trmenung 1saat pn xsmpt. huhu ].

Pengalaman ak spanjnag annual camp biarlah rahsia,, bole crita skit2 je. xley crita sume, bahaya. SULIT. hehe. balik pada tajuk yg macm gmpk tuh,, "Sebelum Tiba di Bumi dipijak Langit dijunjung " nieh. selesai fasa pertahanan dmana kene gali kubu sdlm paras dada d ats bukit yang x hijau tuh, yg mnghitamkn lagi kulit2 nie, hehe.. bapa hari ntah, akhirnya jm 1700h, kmi berundur gn selamatnya. jln bape km ntah, dari 5ptg smpi 7mlm.. xbrenti.. bopa jauh tu? fikir sndiri. huhu. penat cm nk mati, nsb bek tak mati2. hehe

esoknya ad mjlis pnutup, bgun kol 6pg. awl x? tdo kt ldg klapa swit. majlis,, bole lah mjlis nye dri sblm nie. sayu je suare trompet tuh.. xsgka da abes annual camp.. lps tu p balik bukit pertahanan tuk tambus balik kubu n kubur. haha. lpstu balik uitm cuci senjata. inilah aktiviti yang paling membosankn.. asa nk antar dobi je natang m16 nie. huhu. then, balik bilik.. tbe2 petang kne jmpe tim validasi, egt ad pape, upa2nya ad urusan skit. ok, layan.

Mlmtu ad mlm akrab. mlm yg dtunggu2.. haha. dinner abs dlm kul 12. tp,,,, tut3.. ad bnda len plak da,, lajak smpai kol 6pg. then balik bilik n subuh.. ak xmo tdo, ak bsuh baju2 cadar n bende2 yg perlu dbasuh.. lpstu, ak tertdo kul 8.15am sbb tgu detail xdpt2. kul 9.00am ak bgun blik sbb kne trun marks skrang. haha.. kalut tahap gaban. lari lintang pukang. lari smbil mta pejm. tdo xckup. lbih 24jm ak xtdo. isk3. smpai2 dorang dh berbaris nk nek bas balik uitm masing2. nsb bek xkantoi. nge~

Sblm dorang balik, salam2 gn skot n stap.. pape pon,, rndu kt stp platun 5. bapak kekatu. hehe n stap huda terbaekk!! jga my rumate sngguh. suka2.alhamdulillah my roomate slamt n sihat walopon hati dah patah tuk meneruskn perjuagn.. lps sume cawangn da bertolak,, tinggallah budak2 arau.. aku trgila skit,, naik tiga tan. konon nk jln2 naek trak,, rupa2nya byak gile barang kene angkt. papepon,, best! penat tahap gaban,, ulang alik trun naik trak.. tp best. penat n puas. abis2 keje je dpt pekene 100plus, stap blanja. lg best. haha. sblm tu,, geng 3tan nie kene bawak ronda2 bersma kapt. haha, mang gile 3tan bwt driff kt pdg kawat.. abs sume orang tergolek2 dlm tu.. ak plak maintain dlm kdudukn.. haha. setel sume keje, balik bilik. yey! smpai teja.. solat. tdo sat, smyg mgrb n rempit ke kangar. gantuk2 rempit. mang terbaik. nk balik punya hal. bantai je la. haha.

Smpai kangar, cri tiket p KB [bukan katak bulat tapi kota bharu. hehe ]. xpt. ronda sume pondok tiket, tp xpt. sian kt zila. tp romate call adk nye d alor star, amik tket kt sana. alhamdulillah, ad tiket bus tambahan. zila dapat balik raya.. huhu. tiket ak plak xde esok, ad lusanya. jln2 dn ad 1tiket esok tp pg. ak pon beli je la drpd xpt blik. huhu.. lpastu pekena roti canai. dan merempit balik..

smpai2 je bilik, aku terlantar ats katil. penat siang td xabs g. huhu. dlm kul 12mlm aku dikejutkn. mang sgt terkejut. bilik ak terbakar!!! tp kt kipas je. hehe. pd msa yg sma leptop terbukak. aku sruh tutup. then,, pop, sume terpadam. tp api kt kipas tu stil menyala. aduh,, ak nk mengemas esok pg nk balik. de wt hal plak. call keselamatn, n smpai. de kata kene btol esok pg. ak pasrah.. klu smpat ak mgemas, sempt lh. klu x, ak balik cm tu j lah. huhu. mlm tu aku penuhi dgn tdo,, bagun,, tdo, bgun. xley tdo. huhu. aku pon amk ksmptn tu tok bsuh bju. tp, toilet gelp sbb blackout. arkh!. ak pon amek tabung ruumate ak, kluarkn syiling yg ad n trun bsuh bju guna mesin baso. haha. tapi,, mesin kt teja sume peno.. aku beranikn dri p inai.. jln sorang2 kol 1 pg d kolej yg xde penghuni. haha. brani mati. hehe. mata perhati,, kot2 ade bende len. msukkn bju n syiling perlahan2,, bila ak tekan button start kt mesin tu,, aku lari lintang pukang balik teja.. takot jugak. seram, gelap/ huhu. aku balik bilik n smbung tdo. sblum tu, ak set jm 3pg tuk amik balik bju tu.

Jam bunyik. dgn mta trkebil2 ak trun tangga tingkt 4 menyusuri datarn teja n seberang ke kolej inai. kali nie kol 3pg. jln sorang2.. yg ak tau, kol 3pg, mereka aktiv. ak bwt bodo je. pasrah. dlm keadaan chaya yg malap2 tu, ak p mesin basoh n amik baju2 ak. dgn perlahan ak amik baju. lps sume bju da amik. cm besa, aku lari ke teja. hahaha. selamat~. lpstu mesin pengering msih berpusing. masa ad lg 5minit tok mesin tu berenti. aku pon dok sorang2 kt buaian tu slama 5minit nk tgu mesin pengering tu berenti. nsb bek 5minit. klu 50minit. huhu. terkebil2 mata ak dok situ sorang2 cm orang gila. sume tu ak kene wat sbb esk nk balik da. klu x, xde mkna nk wt keje gile tu. haha. akhrnye penantian tamat. ak berjaya kuasai mesin pengering tu. haha. msukkn bju n duit. then, aku msuk bilik smbung tdo. yey! keje tamat.

untuk pengetahuan, yang saya sedia maklum, kolej mayang dan teja ada mesin baru iaitu mesin pengering pakaian. leps masukkan pakaian kedalam tuh, pakaian sudah boleh terus dilipat/dpakai. Bayaran rm2. hehe. siding xtau plk. inai xde lg bwt mse nie. tq. promosi plk. haha

sambung... 6.30 subuh n truskn mengemas.. kemas2. kul 9 bru nk mandi n 9.10 merempit ke kangar. haha.. bus xde.. tgu2,, bru smpai 9.40 kmudian. hehe. my romate antar. hehe. sronok buli rumate nie. hehe. bilik pon de yang satel bg perhabis kems. huhu.

Bus jln brenti ipoh,, jem. brenti kl, jem,, brenti seremban jem.. dn 10.30pm kot. bru smpai mc. aduh.. biasanya lpas maghrib da smpai,, nie lajak masa jauh sgt. tp, xpe lh, selamt smpi jgk. solat jamak qasar n qada smpai surau nk tutp. haha. lepak kedai mkn smpai kol 12. ak bantai roti canai 3keping. lapar gile. haha. mkn sambil gosip crita pasl rumah kedai tu.. tu yg lma tuh..

N last,,, aku selamat smpai umah dengn jayanya..

Kesimpulan, sebelum tiba di bumi dipijak langit dijunjung, banyak peristiwa yang ntah pape. haha,
1. lepas dinner- ada ehem smpai 6pg.
2. tertdo sampai kul 9 n smpai2 sume dah berbaris. haha.
3. fitip naik trak. penat n best! dpt driff lg. haha
4. tiket nk abis da
5. bilik terbakau. n blackout
6. jln mlm sorang2
7. mandi lmbat, last minit kata store tkar aras 1. lantak la. haha [ nie xsmpt nk story kt ats. huu]
8. bole plk bus brenti ipoh.. jalan ipoh, kl, seremba jem!
9. solat smpai surau nk tutup. hehe
10. gosip smpai kol 12. yey~

Best!.. akhirnya,, smpai uma, haha





READMORE
 

Masih belum tamat

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Apa yang belum tamat? Semamangnya hidup masih perlu diteruskan walau apa jua keadaan yang melanda diri ini. Namun, adakah aku mampu menghadapi liku-liku kehidupan pada masa akan datang? Selepas tamat diploma, kemana hala tuju aku seterusnya? Aku juga masih belum pasti kemana kaki ini akan melangkah.

>> ok, tamat untuk ayat skema, nk guna ayt sempoi je kli nie, xkn nk surriiuss memanjang. ahaha!

Akhirnye ak da berjya jwb sume soalan final. alhamdulillah. harp result ok.

Kolo student len bole kata hooorrey! sbb da merdeka la konon. almaklumla da abs final. Tp hidupku ini cuma sebatang pencil. korus je memonjang. kengkawng aku yg len syok dok umah. bila depa kata nk blik umah, nk balik jgk wlopn bru je smpai arau 5hri lepas. hehe..

abs je final nie ak ad latihan berterusan yg bwt kt arau jgk.. ponat dok pikiaq psai benda nieh. tp kene hadapi jgk. sepa suruh pilih jalan hitam. haha. aktiviti dpnuhi dgn kbosanan thap gaban, kekaluttan, kepenatan, kemakimatian. huh~ lg skali, sepa sruh ang pilih jalan etam.

benda pling ak tkut terjebak gn suma nie la. aduh.. tdoq kui 2.30pg, bgun koi 4.30pg. atoi. pg2 kene mcm2. ntah lh, bila 3minggu nie akan berakhir.. [ wktu tdoq n bgun nie da sma wktu orang len dok buat qiam ].

kpada ampa yg dpt dok umah tu,, dok umah elok2, bercuti untuk family bkn untuk berjoli. ok,, kengkawan tu kengkawan jgk, lekat skit kt umah tu.. untung angpa dpt dok umah sdgkn ak kene berjuang melawan kesakitan dn kepenatan. huh~

Doakan kami nie kuat mental n fizikal. yang menting kuat mental. doakn kmi tabah hdapi qamp nie.

Harap aku kuat hadapi benda nie suma, n masa, tolong la cepat berlalu. aku da penat hadapi benda nie suma. satu paku, cepat2 lah terpahat kt bahu, then, aku akn jd sperti manusia normal sma sperti kwn2 ak y len. aku nk rasa ap yg dorang rasa jd seorang student biasa untuk memenuhi cuti hujung minggu dengan tenang tanpa paksaan dan kerahan!

Lillahita'ala. Aku pasrah pada ketentuan Dia. Innallahama'assobirin. jihad fisabilillah! mudah2an ini pegangan annual camp ku taun nie. amin~





READMORE
 

Aku tak Layak

Assalamualaikum wbt.

Siapakah aku untuk melihat keindahan wajahmu. Siapakah aku untuk mendengar alunan merdunya suaramu. Siapakah aku untuk mendekatimu. Siapa aku untuk hidup bersamamu. Siapakah aku untuk kau tunjukkan wajahmu. Siapakah aku?

Aku umatmu tetapi apa yang kau wasiatkan tidak aku lakukan. Apa yang kau benci dan terlarang pernah aku laksanakan. Apa sunnah mu aku perabaikan. Masih layakkah aku untuk kau perlihatkan wajahmu.

Aku merinduimu, tetapi tidak pernah kau hadir dalam mimpiku.
sesungguhnya aku tahu, aku tidak layak untuk menatap wajahmu.
Siapakah aku, sunah mu kuabaikan, kebencianmu ku laksanakan.
Masih layakkah aku untuk melihatmu.

Sungguh, aku rindu padamu.
Akan tetapi, bila hadir mu dalam hidupku?
Izinkan aku menatap wajahmu cukup sekali dalam hidup duniaku.
Cukup sekali. Hanya itu yang aku pinta.

Ya Rasulullah, hebat pekertimu membuatkan aku bangga denganmu
Kau jadi contoh dan pendorong aku untuk terus maju.
Kau idola ku. kau rasulku, aku umatmu!

Kau mengenali dan sayang akan umatmu, akan tetapi berapa ramai yang mengenalimu dan mengenang jasamu?

Berikanlah kami syafaat diakhirat kelak. Hanya itu yang menolak kami masuk kedalam nikmat syurga tuhanmu, tuhan ku, Allah yang maha esa.

lau kana bainana,, apa yang kita lakukan?





READMORE
 

Wajib Baca!

Assalamualaikum dan salam ukhwah.

Banyaknya entri baru minggu ini. Almaklumlah, duduk kat umah dapat on9 sokmo. hehe

Berbalik pada topik. 'Wajib Baca!' Na, perkataan seperti ini seringkali diletakkan ditajuk-tajuk post, artikel mahupun sebaliknya bagi menarik minat pembaca untuk membaca. Walaupun orang yang akan membaca artikel itu tidak minat membaca seperti saya. hehe. Sebenarnya post kali ini tidaklah menekankan setiap pembaca untuk membaca artikel ini. Kalau diletakkan tahap wajib baca, maka jika tak baca telah jatuh tahap dosa. =p hehe. Jadi, sesiapa yang tak berminat untuk teruskan bacaan bolehlah leave page ini dengan senang hati. =)

Islam itu apa? Bila dibelek-belek pada I/c ataupun identity card tertera perkataan Melayu, Islam dan sebagainya. Tapi, kenapa Islam? Sememangnya Islam itu agama yang diwariskan kepada Rasulullah SAW. Agama Allah yang hanya diterima pakai setelah lahirnya Nabi Muhamad SAW dan menerima wahyu yang pertama. Baginda adalah nabi kita dan kita adalah umat baginda. Jika nak diceritakan kisah baginda, sesungguhnya saya masih belum mengenali rasullullah dengan sesungguhnya. Perkenalan saya dengan rasulullah hanya setakat baginda rasulku dan pesuruh Allah. Usaha untuk mengenali baginda masih lagi diteruskan. Mudah-mudahan dipermudahkan Allah untuk mengenali baginda dengan lebih dekat. Semakin saya kaji sejarah hidup rasulullah, semakin sayang dan cinta pada dia. Kata orang muda zaman sekarang, handsome tak? Cute tak? Gentlemen tak? Sesungguhnya baginda manusia yang sempurna. Terpelihara daripada sifat mazmumah. Namun sejauhmana usaha kita untuk mengenal baginda?

Sayang pada Allah, Muhamad dan Islam harus lebih dititikberatkan daripada sayang pada perkara keduniaan. Jadi berusahalah untuk mendalami ilmu agama ini agar akidah tidak terpesong dan iman semakin utuh.

Beberapa bulan yang lepas, ada seorang sahabat saya meng'share' satu link blog ini dalam wall facebook beliau. Terdapat beberapa komen daripada rakan beliau yang lain. Pada awalnya saya tidak berminat membaca artikel-artikel panjang-panjang ini. Akan tetapi apabila melihat tajuk artikel itu, saya tertekan link tu. hehe. Mungkin ada perasaan sayang pada Islam. Isu ini dikatakan sudah lama, cuma saya yang tak tahu, almaklumlah malas membaca. Itu yang terperuk ditakuk lama. Berbalik pada isu yang diperkatakan, ada beberapa pihak yang mengomen share post tersebut. Termasuk saya. Bukan apa, sebenarnya malas nak masuk campur urusan orang tua-tua ni. hehe. Tapi, geram! Geram sangat ke? Cuba baca dialog ini, insyaallah akan terbuku nak tumbuk mamat sorang ni.

SA: carita ni da lama da… baru skang ke nak bangkit kan balik?? Hahaha

NE: kadang2 aku pelik dengan orang melayu@islam ni… sampaikan game nak dihubungkan dengan agama.. daripada orang main buat suka-suka, dah jadi syakwasangka..

YY: pendapat aku la NE,SA,, klu game tu tertera letak nama2 Allah atau seantero dgnnya dn lepastu suh kita perang atau musnahkan tmpat tu,, bg aku itu melampau lh. Seolah-olah nk kata islam ni smuanya jahat la.. so jgn men game2 tu tp kli s…[see more] dialog terputus. Hehe

NE:sebab tu aku cakap, tak perlu nak dedahkan semua… kita tak perasan pun, so kita tak anggap yang kita hina Allah.. even benda tu ada..

YY: senang cite tak payah men game trus.. lebih afdal.. haha.. lagipun dh besar2 ni aku rasa mcm mood nak main game tu dah takde.. korang tak rasa mcm tu ke? Ke ak sorang je..

NE: di mana pula wujud hokum tak main game lebih afdal?

BS: aku agree dgn YY part klu da ketara terdapat penghinaan, takkan la kite nak terus men lagik game tuh.. tp aku pon x bape nk agree gak part yg ko kate x yah men game lg afdal.

YY: afdal tu bukan hokum la.. maksud ak lebih baek.. klu orang yang bole control mcm kau aku rase takde masalah.. nie kes yang takle xontrol tu.. hihi ^^

BS: NE plak, ak xbrape agree dgn kate ko yang perlu ke dedahkan semua.. takkan la kite nak membutekan mata, pekakkan telinga n membisukan mulut lak?

NE: aku Tanya ko YY, apa itu haram? Apa itu sunat? Apa itu afdal? Sila fikir balik.. jangan terlalu kecilkan maksud “hokum” tu..

NE: to BS, ok aku Tanya ko, kalau sebelum ni bila ko main game, ko perasan tak semua benda tu? Bila ko main, ko rase ko sedang hina islam ke? Mesti tak kan.. even aku men game bunuh orang, then ada azan.. come on, dekat Negara islam tu.. kiranya depa respect yang islam dengan azan adalah sebati..

YY: speaking from knowledge je, klu tak dapat trima takpe la.. ^_^

BS: mang la aku xperasan dan aku xmenghina islam. Tp klu da de orang bgtahu aku dan aku da tahu,, takkan la aku nak teruskan lagi men game tu? Any how, it depends on your self. Lagipon nie pandangan dr aku yang xbrape nak tahu pape lagi.. klu xpat trima, xpe la =)

NE: sebab tu aku selalu elak baca pasal2 pendedahan semua nie, bazir masa.. dari kita sibuk memboikot, baik kita menguatkan diri sendiri.

NH: Sahabat, elak selagi mampu, kaji demi islam, bila dh Nampak sesuatu tajuk yg didedahkan, apa salahnya bce tuk seketika. Mgkn 5minit dluangkan dri berjm2 luangkan mse pd game or pape je or FB. 5mnit sdikit pengisian dripda beratus mnits lagho. Ble dh bce, bru pertimbangkan sndiri. N sblum mnggunakan apa2 hukum o pendapat brkaitan islam, pstikan diri tu alim (berilmu) agr org len yg bce xslah faham n mgkin bole lri dari landasan akidah, secara xlangsung kita berdosa free ja.. cik BS, tq krana menyebarkan bnd yg mgkin xdktahui umum nie. Pling x, ad jgk jihat dlm mngakkan maruah islam. Dpt lh jgk kbaikan dri usaha tu. Insyaallah.. shbt, jgn cube mengelak jika dh ad dpn mta krana ini bermaknya mengelak menegakkan kebenaran. Jika mengelak, maknya mengelak kebenaran dan menurut kemungkaran. Soal game ni,, maruah islam dicemari, jika kta benar2 syang kt islam, mst kite take note bende noe n bknnye elak dri mengetahui. Perkataan yang baik datang dari ilham allah dan yg buruk tu dating dari diri patik sendiri. Wallahualam~

Na, ini lah dialog antara mereka. Saya pun ada juga terselit dalam tu. Tp part mana, cari sendiri. haha.

Yang terdetik dalam fikiran saya masa tu:

  • Sejauh mana remaja Islam mencintai Islam
  • Sejauh mana remaja Islam mencintai Rasulullah
  • Sejauh mana remaja Islam mengenali Rasulullah
  • Sejauh mana remaja Islam sekarang berusaha mempertahankan maruah Islam
Sejauh mana fikiran anda semasa membaca dialog tersebut? Bayangkan, hanya kerana game, mereka berbalah. Fikir-fikirkan lah. Mungkin terjadi perkara seperti ini kerana kurangnya didikan agama.

Kenalilah rasulullah baru rasulullah mencintai kita. Macam mana nak cinta baginda? Kajilah kehidupan baginda dan cuba terapkan nilai-nilai kehidupan baginda dalam rutin seharian kira. Tak kenal maka tak cinta. Jadi, carilah apa yang mampu tentang baginda. Sama seperti mamat mengintip-ngintip minah untuk mengenali minah dengan lebih dekat. Sebab cintanya mamat pada minah.

Link dibawah merupakan blog yang mendedahkan pendedahan tersebut. Selamat belayar!

Wasalam

http://blog.mfadhlan.com/2011/05/games-yang-menghina-islam-wajib-baca/






READMORE
 

Lets Join Us