Assamualaikum w.m.t. Baru-baru ni ada sedikit perselisihan faham antara dua pihak dimana sebelah pihak mengemukakan idea dan sebelah pihak yang menerimanya mangambil fikiran negetive terhadap pihak yang mengemukakan idea tersebut.
Masalah mula timbul apabila PPM ( Pemangku Perdana Menteri ) mula mentadbir negara berkenaan. Pelbagai rombakan pentadbiran telah diolah oleh beliau. Atas tindakan beliau yang tidak memulakannya dengan mengumpul idea-idea ataupun pendapat daripada ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri telah menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat terutama yang baru sahaja bermastautin di negara ini. Maka, Ahli Dewan Undangan Negeri telah bersepakat untuk berjumpa PPM secara baik di pejabat beliau di Putraberjaya. Tanpa sebarang appoinment terlebih dahulu, pihak ADUN berkampung sejenak di pejabat PPM.
Isu yang diutarakan oleh pihak ADUN ialah bolehkah peraturan di negeri B dirigankan atas dasar keperihatinan PPM. Perbahasan yang hangat telah berlaku antara ADUN dan PPM. Namun, pada masa itu, PPM terkunci kata apabila pihak ADUN mengemukakan perkara yang mereka tidak puas hati atas dasar pentadbiran yang baru ini. Maka, pihak ADUN telah diusir keluar dari pejabat beliau untuk berbincang dengan Ahli Parlimen yang lain agar pendapat ADUN di pertimbangkan.
Setelah 30 minit masa berlalu, pihak ADUN kembali semula ke pejabat PPM untuk mengetahui keputusan beliau. Hasilnya, 20% permintaan ADUN diterima. Dalam proses perbincangan antara dua pihak, perkara tersebut diketahui oleh Pemerintah utama iaitu Agung. Baginda kuatir perkara ini akan merosakkan keamanan negara baginda. Maka kedua-dua pihak telah dimasukkan ke muka pengadilan untuk dibahaskan.
Pihak A ( orang tengah ) saya beri nama sebagai hakim dan pihak B ( pemberi idea ) sebagai plaintif manakala pihak C ( penerima idea ) sebagai defensif. Pemerintah Kerajaan Negara K ini telah memerintah negara tersebut hampir 1 tahun dimana pemerintah yang baru ini merupakan pemangku kepada pemerintah yang asal kerana beliau mempunyai tugasan di luar negara selama 6 bulan. Oleh itu, pihak kerajaan Negara K ini bersepakat memilih pemangku Perdana Menteri sepanjang ketiadaan Perdana Menteri yang asal.
Perbicaraan antara plaintif dan defensif memakan masa selama hampir 2 jam. Pelbagai hujah dan isu telah dikemukakan. Pihak plaintif hampir menang dengan hujah-hujah yang mampu menikam pihak defensif. Namun pihak hakim menerima hujah pihak defensif 1% dan membuatkan pihak plaintif mengalah. Namun, pihak plaintif berpuas hati walaupun menerima kekalahan 1%, mereka berpuas hati kerana pelbagai rahsia yang selama ini buat-buat tidak tahu, namun telah terbongkar dan menguatkan lagi bukti bahawa pihak defensif bersalah. Mengikut Akta Tradisi (a), segala pentadbiran negara adalah berlandaskan pada tradisi yang diwarisi. Walaubagaimana pun, akta tersebut harus dipinda selaras dengan arus semasa. Walaubagaimanapun, pihak plaintif menang dengan mengemukakan Akta Kemanusiaan (b) dimana ada menyebut bahawa, pentadbiran haruslah berlandaskan agama dan bukan pada tradisi semata-mata dimana tradisi itu tidak seharusnya diguna pakai lagi buat masa sekarang kerana harus dikemaskinikan. Kononnya dasar demokrasi yang aplikasikan memberi kesan yang positif terhadap dasar pendatbiran beliau, akan tetapi secara halusnya telah menzalimi rakyat. Isu ini diutarakan semula oleh pihak plaintif dimanakah dasar pendekromasian beliau? Pihak defensif hanya terpaku kaku. Hujah daripada pihak plaintif itu mampu membuatkan saya tergelak sedikit. Mungkin saudara/i tidak berapa faham akan situasi sebenar kes ini, kerana saya bukan penyampai yang baik. Tetapi, sesiapa yang terlibat dalam kes ini pasti akan faham sebulat-bulatnya dengan kes ini.
Pengajaran utama yang ingin saya ketengahkan disini ialah, JADILAH PEMIMPIN YANG ADIL DAN BIJAK MEMIMPIN. Perkataan ini sahaja yang mampu saya katakan. Mengapa dan kenapa, mari kita lihat:
“JIKA ORANG ITU TIDAK BOLEH SURVIVE, TAK PERLU BIARKAN DIA SURVIVE”
Seumur hidup saya khasnya, saya dididik untuk 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'. Dalam erti kata lain, bantu rakan kita yang lemah untuk terus bangun bersama-sama kita dan terus berjaya bersama. Ini sama seperti mementingkan diri sendiri untuk terus hidup/berkuasa. Pemimpin seperti ini wajarkah kita biarkan memerintah? Mari kita renungkan hadis di bawah:
Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a : “ Aku mencerca seseorang dengan memanggil ibunya dengan sapaan yang buruk. Nabi Muhammad SAW bersabda kepada ku :” Ya Abu Dzar! Apakah kau mencaci maki seseorang dengan menyeru ibunya dengan sapaan yang buruk? Dalam diri mu masih tertinggal sifat-sifat Jahiliah. Pembantu-pembantu mu adalah juga saudara-saudara mu dan Allah menempatkan mereka di bawah perintah mu. Maka sesiapapun yang saudaranya di bawah perintahnya harus diberi makanan yang sama dengan yang ia makan dan diberi pakaian yang sama dengan yang ia pakai. Jangan suruh mereka mengerjakan pekerjaan di luar kemampuannya dan apabila kamu terpaksa melakukannya, bantulah mereka.”
Dapat saya fahami disini, pemimpin dan pembantu-pembantu (orang bawahan) adalah bersaudara dan orang bawahan tersebut berada dibawahnya atas izin Allah. Maka, Allah telah memberi amanat kepada pemimpin ini untuk memimpin mereka berlandaskan perintah Nya dan sunnah kekasihNya.
Ayat yang seterusnya apa yang saya fahami ialah, makanan yang sama, pakaian yang sama. Dapat saya ungkaikan disini, tiada berbezaan kemudahan. Semua adalah sama antara pemimpin dan orang bawahan. Contoh yang dapat saya ketengahkan disini, pakai tandas sama-sama. Perlukah dihadkan masa penggunaan? Perkara pengadtan (7am-8am) penggunaan tandas ini berlaku kerana ingin membuktikan bahawa mereka bangun lewat untuk subuh dan jika tandas penuh, mereka tidak sempat pergi ke kelas dengan keadaan suci (mandi) kerana tandas penuh. Bagi mengelakkan masalah itu, mereka telah mengeluarkan pekeliling bahawa had penggunaan tandas adalah seperti yang dinyatakan tadi. Ketika dihujahkan perkara ini, jawapan yang sering diperkatakan adalah, TRADISI. Tradisi ataupun sunnah yang diwawarkan oleh rasulullah tidak pula diikuti. Boleh saya tahu kenapa? Insyaallah, tidak akan ada jawapan yang memuaskan hanya fakta yang diputarbelitkan.
Ayat yang berikutnya menyatakan bahawa jangan suruh pembantu-pembantu itu pekerjaan diluar kemampuan, jika kamu terpaksa melakukannya, bantulah mereka. Dapat saya huraikan disini, jika pemimpin tersebut terpaksa menyuruh pembantu/orang bawahannya melakukan sesuatu kerja, maka bantulah mereka. Melalui ayat ini, jelas menunjukkan bahawa pemimpin or IC (in charge) bukannya tidak boleh membuat kerja langsung, boleh, melalui tunjuk ajar ataupun membantu. Hadis ini berbunyi "bantulah mereka". Ada mana-mana ayat al-Quran dan hadis yang menyatakan bahawa, pemimpin tidak boleh buat kerja? Tunjukkanlah pada saya. Saya ingin buktinya. Apabila dihujahkan perkara ini, jawapannya seperti biasa, TRADISI.
"IKUT PADA PENTADBIRAN, SIAPA YANG MENTADBIR"
Ungkapan ini benar. Ikutlah pentadbiran siapa yang mentadbir. Namun, jika dirasakan bahawa dasar pentadbiran pentadbir itu mengarut, kita seharusnya menyatakannya agar pemimpin itu tidak terus menerus dengan dasar pentadbirannya yang tidak boleh diterima orang bawahan sehingga mampu melahirkan perasaan orang bawahan bahawa diri mereka dizalimi. Ingatlah, doa orang yang dizalimi mudah didengar oleh Allah. Dan jika mereka mendoakan sesuatu yang negetif terhadap pemimpin tersebut, siapa yang mendapat kesannya? Telah menjadi tanggungjawab seorang yang bergelar islam untuk saling memperingatkan. Maka, tidak salahkan jika orang bawahan ingin menegur atau menyuarakan pendapat. Mereka datang untuk bermusyawarah dan bukan untuk berperang. Inilah ajaran islam, bermusyawarah agar tidak wujud salah faham antara dua belah pihak. Maka, pemimpin ini seharusnya mendengar apa yang ingin diperkatakan dan tidak sewajarnya menolak permintaan orang bawahan ini. Pemimpin yang bijak akan mendengar dan mempertimbangkan apa yang diperkatakan oleh orang bawahan mereka, bukan semata-mata ingin menurut nafsu, kata hati ataupun TRADISI. Allah berfirman dalam surah Shaad [38:26] yang bermaksud;
"Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat darin jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan. "
Jelas menunjukkan bahawa, keputusan yang dibuat hendaklah adil dan jangan mengikut hawa nafsu. Berbalik kepada tradisi, mungkin mereka ini ingin menurunkan apa yang mereka alami di zaman golongan bawahan ini turut dirasai oleh orang bawahan mereka kerana mungkin ingin membalas dendam. Maka dengan itu, ungkapan tradisi diutarakan. Jelas, mereka mentadbir mengikut hawa nafsu yang jelas sama sekali ditentang oleh Allah. Jika dibahaskan, mereka akan menjawab perkataan yang sama iaitu, tradisi.
Rasulullah juga ada menyatakan yang membawa maksud:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”
(Riwayat Muslim).
Walaupun rupa paras kita tidak semanis mana kerana tidak senyum atau dengan alasan secara semulajadi susah senyum, ingatlah Allah tidak memandang rupa paras dan harta yang kita miliki kerana Allah memandang apa yang ada dalam niat kita ini.
Mari kita lihat hadis yang seterusnya,
“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.
(Riwayat Muslim)
Dalam memimpin, janganlah kita bermegah dengan kuasa yang kita punya. Contohnya, "Sekarang siapa yang berkuasa? Ikut akulah nak buat apa pon". Selain itu, janganlah melampaui batas terhadap orang lain, ungkapan ini sama erti dengan ayat sebelum ini iaitu jangan memberi tugas yang tidak mampu dikerjakan oleh mereka.
Banyak lagi yang ingin dipersoalkan, tetapi masa kesuntukan. Insyaallah pada post yang seterusnya.
Apa yang ingin saya peringatkan ini,
kepada pemimpinku,
dengarkan rintihanku,
bukan niatku menyakiti hatimu,
bukan niatku untuk mengkhianatimu,
bukan niatku untuk merosakkan corak pentadbiranmu,
bukan niatku untuk menunjukkan kelemahanmu,
akan tetapi, aku cuma ingin menyuarakan apa yang ingin aku katakan
kepadamu tetapi tidak kesampaian pada waktu itu.
Kepada pemimpinku,
Dengarkan aku,
Walaupun aku Cuma orang bawahanmu
Tetapi, dengarkanlah aku kerana kau dan aku sama disisiNya.
Aku sayang padamu,
Kerana itu aku menegurmu.
Aku tidak mahu melihat kau dipersoalkan di akhirat
Mengapa kau tidak berlaku adil dalam memimpin?
Mengapa kau riak dengan kuasa yang aku amanatkan kepada kau?
Mengapa engkau tidak mendengar rintihan orang bawahan kau?
Mengapa kau memimpin berlandaskan nafsu?
Aku tidak sangup melihat kau disoal begitu.
Ingatlah, seseorang pemimpin itu adalah antara golongan awal yang akan disoal di akhirat kelak.
Jadilah pemimpin yang adil, mendengar apa yang diminta, meringankan dan tidak membebankan. Janganlah memerintah dengan bergurukan syaitan, tetapi bergurulah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah, insyaallah orang yang kamu pimpin akan mendoakan kesejahteraanmu dunia dan akhirat. Jika kamu menzalimi mereka, ingatlah doa yang tidak diingini akan dirintihi. Bayangkan jika kamu memerintah hampir 50 orang, walaupun dengan golongan sekecil ini mendoakan kemungkaran untuk mu, mungkin salah satu dari mereka doanya dimakbulkan??
Maka, renung-renungkan dan, selamat memerintah mengikut jalan allah dan bukan TRADISI....