Lawatan Pengakap Ke Indonesia






Pada tahun 2007, Pengakap Melaka, Johor, Pahang dan beberapa pemimpin dari negeri lain telah bertandang ke Bumi Indonesia. Perkhemahan yang berlangsung pada hujung bulan November hingga awal bulan Disember telah mengukir pelbagai kenangan dan pengalaman.

Peserta yang terdiri daripada pengakap lelaki dan perempuan telah diminta melaporkan diri sehari sebelum waktu bertolak ke Indonesia. Perkhemahan Tahun Emas ( Pertamas ) anjuran PERTAMINA telah berlangsung di Bumi Perkhemahan Bukit Datok Dumai, Indonesia.

Kos keseluruhan termasuk yuran perkhemahan, tambang feri, dan makanan dibayar sebanyak
RM 280 sahaja. Pasport kami hanya perlu membayar sebanyak RM20 ringgit sahaja kerana membuat pasport berkelompok.

Pada hari Khamis ( 29 November 2007 ), setiap peserta berkumpul pada 8.30 malam di Kem Pengakap Melaka. Taklimat pada pukul 9.00 malam dan bersurai pada pukul 12.00 malam.

Pada hari berikutnya ( 30 November ), jam 7.00 pagi, peserta berkumpul dan bertolak ke Pelabuhan Melaka. Perjalan feri INDOMAL bermula pada jam 10.00 pagi. Dalam perjalanan ke sana, ombak besar dan mengambil masa yang lama iaitu selama 3 jam. Kami selamat tiba ke Pelabuhan Dumai pada jam 1.00 petang.
Kedatangan kami disambut baik oleh warga pramuka di sana. Perjalanan kami ke tapak perkhemahan menggunakan bas mersedis (mcm tu lah) . Bas kepunyaan PERTAMINA ( Syarikat minyak Indonesia ).

Dalam perjalanan masuk ke kawasan perkhemahan, saya melihat pramuka di sana menaiki lori sebagai pengangkutan mereka. Tapi di Malaysia saya bersyukur kerana mendapat keselesaan menaiki bas yang mewah. Mereka menaiki lori siap membawa basikal dan beruniform penuh. Saya respect semangat mereka.

Tiba sahaja di kawasan tersebut, mereka ( pengakap Indonesia ) melihat kami seakan - akan melihat sesuatu yang baru. Mereka sungguh gembira apabila dapat berkenalan dengan pengakap dari Malaysia.

Aktiviti yang dijalankan di sana juga amat berbeza dan unik. Mereka ada aktiviti teka-teki iaitu sandi. Setelah diajar oleh pramuka di sana, baru saya tahu apa itu sandi sebenarnya. Saya juga sempat belajar baca ABC sampai Z menggunakan bunyi yang digunakan di Indonesia. Bunyinya pelikkan? Macam budak-budak sekolah tadika pula nak belajar ABC. Namun itu semua pengalaman dan satu ilmu. Mereka pernah berkata kepada saya bahawa " Bahasa kamu itu lucu ya''. Saya pun berkata perkataan yang sama kepada mereka '' Bahasa kamu pun ada kelakar jugak''. Pramuka tu pun cakap " Apa tu? Maknanya?"...


Masa tengah free, saya melihat melihat kawasan keliling dan memandang jalur gemilang berkibar megah di negara orang. Bukan satu malah lebih daripada sepuluh. Apa istimewanya jalur gemilang berkibar di negara orang? Bagi saya jika bendera negara mampu berdiri megah di negara orang, kita telah dapat menawan negara mereka melaui hati masyarakat di sana kerana menyambut baik kedatangan kita. Makna lain disebalik itu biar saya sahaja yang tahu kerana susah untuk menzahirkan perasaaan tu.

Cara mereka mengendalikan sesuatu aktiviti juga sangat berbeza. Jika di Malaysia, kita melakukan aktiviti unggun api dengan cara kita. Namun mereka mengadakan aktiviti api unggun ( unggun api ) siap buat raptai. Unik dan mengkagumkan. Memang jauh berbeza.

Di sana, setiap aktiviti yang dijalankan sebahagian besar daripadanya ialah pertandingan. Jadi setiap sekolah yang berjaya akan menanglah. Hadiah di sana besar-besar. Berbeza di Malaysia, aktiviti yang dijalankan hanya untuk menimba ilmu dan pengalaman. Jika di Jambori, aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk mendapatkan lencana aktiviti.

Yang paling seronok di Indonesia semestinya harganya. Nasi lemak di sana hanya berharga rp1000 bersamaan RM0.3523 macam tulah lebih kurang. Keychain hanya berharga rp1500 sahaja. Bayangkan..... Saya sempat ke market di sana, sempu rambut hanya berharga rp10,000 lebihkurang 3-4 ringgit sahaja. Saiz besar bukan saiz kecik...

Pada hari ahad, perasmian penutup telah berlangsung pada pukul 5.00 petang. Habis penutup saya balik khemah nak siap untuk balik. Tapi tak sempat nak turunkan khemah, pengakap disana telah serbu ramai-ramai nak minta tandatangan, bergambar dan tukar barang macam scarf, lencana.. Jam dah menunjukkan pukul 6.30 petang waktu Malaysia tapi khemah tak turun lagi. Bila perkara tersebut disedari oleh pemimpin pramuka di sana, dia menyuruh pramuka tersebut berhenti sebentar , bagi laluan untuk kami turunkan khemah. Lepas tukar barang, macam- macam saya dapat. Tak payah bagi tau lah apa yang saya dapat. Duit kertas RM1 saya melayang banyaklah jugak. Sebab mereka suruh tandatangan di duit tu. Permintaan mereka tidak boleh ditolak nanti dikata sombong dan kudukut pulak .

Jam tangan menunjukkan pukul 7 malam waktu Malaysia dimana waktu di Dumai ialah jam 6 petang. Kami menaiki bas untuk menginap satu malam di Hotel City di Jalan Jen. Sudirman. Waktu malam saya jalan-jalan di kota Dumai .Kawan saya dari SBP Selandar, turut turun bersama menikmati suasana malam di bumi Indonesia. Bila kami berjalan-jalan di sana, penduduk sekeliling memandang kami pelik semacam kerana bahasa yang kami gunakan amat berbeza. Namun setelah diberi tahu bahawa kami dari Malaysia, baru mereka senyum.

Esoknya, setelah bersiap kami ready untuk balik ke tanah air. Sedih pun ada, takut pun ada, gembira pun ada. Kenapa sedih? Sedih kerana terpaksa tingalkan kawan-kawan di Indonesia. Kenapa takut? Takut kerana tak sampai kat Malaysia dah tenggelam kerana pada waktu tu banyak kes fery tenggelam . Gembira pula sebab dapat balik ke tanah air yang sememangnya lebih baik daripada negara orang. Malaysia lebih maju jika dibandingkan dengan negara lain. Siapa yang pernah ke negara orang taulah apa makna sayang terhadap negara sendiri. Tu pun kalau mereka peka terhadap negara mereka.
Masa sampai pelabuhan Melaka ambil masa 2 jam( mcm tu lah ) lebih cepat sikit sebab gelombang laut tak kuat , lepas cek kastam talifon mak untuk ambil saya di Melaka.
Namun setelah satu jam lebih menunggu, baru mak saya sampai. Kenapa? Pertama sebab tak tahu di mana pelabuhan melaka. Kedua, tak ada parking. Ketiga, dah dapat parking tapi jauh daripada pelabuhan dan terpaksa berjalan jauh. Ada pak cik teksi yang mengajak saya untuk dihantar balik , cakap " kenapa tak balik lagi? Dah lama sangat dah ni.. Pak Cik sempat hantar orang pergi jalan, tapi ko tak balik lagi kolo kau ikut pak cik tadi dah tidor kat umah dah. Rumah ko bukan jauh sangat pun dengan rumah pak cik , sebelah kampung jer." Saya senyum je lah. Duit RM ada RM 2 je . Yang lain duit rp. Money changer kat situ tak buka. Nak minum tak ada duit.. Tunggujelah .. Mak sampai apa lagi, sebat duit dia beli air, haus.....

Apapun kenangan tetap kenangan dan pengalaman jadikan sebahagian daripada kehidupan.

Penulis : NH Pengisian yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri

Artikel Lawatan Pengakap Ke Indonesia Dicoret oleh NH pada hari Jumaat, 16 Januari 2009. Semoga yang baik dijadikan pegangan dan yang buruk dijadikan sempadan 0 Any komen dan kritik: di posting Lawatan Pengakap Ke Indonesia
 

Lets Join Us